Makam Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)
English
Makam Bendahara Tun Habab (GPS: 1.73301, 103.91018) ialah sebuah makam tua di
Kota Tinggi, Johor. Ia terletak di Kampung Makam, dan merupakan kubur untuk Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab @ Habib Padang Saujana Johor. Tun Habab berperanan sebagai
bendahara semasa pemerintahan
Sultan Ibrahim Shah I (1677-1685) dan
Sultan Mahmud Syah II2 (1685-1699), dua daripada sultan Johor terakhir yang berketurunan dari Sultan Melaka,
Sultan Mahmud Shah.
Setelah Sultan Mahmud Syah II mangkat tanpa meninggalkan waris, Tun Habab telah ditabalkan menjadi SSultan Johor, dengan membawa gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun 1700, baginda telah memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Panchor. Puterinya, Tengku Tengah, telah berkahwin dengan
Daeng Perani, salah seorang anak raja Bugis lima saudara yang masyhur. Keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang.
Seorang lagi lanak Tun Habab iaitu Tun Zainal Abidin, telah menjadi Sultan Terengganu yang pertama, dan keturunan sultan
Terengganu berterusan hingga hari ini. Lagi seorang anak Tun Habab iaitu Tun Abas menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang, dan daripadanya, berasal keturunan Sultan Pahang hingga ke hari ini. Daripada itu, boleh dikatakan yang keturunan pemerintah Johor, Terengganu dan Pahang kesemuanya berasal dari Tun Habab.
Papan tanda menunjuk arah ke Makam Bendahara Tun Habab. (13 September, 2016)
Kubur-kubur lama di Makam Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)
Yang ini, setahu saya, ialah kubur Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)
Saya di Makam Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)
Pandangan 360° Makam Bendahara Tun Habab pada Google Maps Street View
Makam Bendahara Tun Habab
Makam Bendahara Tun Habab adalah
dalam peta Kota Tinggi
Rujukan
1. Sejarah Makam Bendahara Abd. Majid Tun Habab (Habib)
2. Wikipedia: Mahmud II of Johor

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.