Muar, Johor (11 September 2016)
English
Muar موار (GPS: 2.06361, 102.57659) adalah sebuah bandar di pantai barat negari Johor. Ia juga nama untuk daerah di sekeliling bandar ini. Muar telah diberi gelaran Bandar Maharani Bandar Diraja pada 24hb November, 2012. Ia terletak di sebelah baratlaut negeri Johor, pada tebing Sungai Muar. Pekan Muar adalah sebuah bandar kecil di mana kebanyakan penduduknya dari kaum Cina.
Daerah Muar meliputi bandar Muar dan bandar Tangkak, tetapi sejak Tangkak diasingkan kepada
Daerah Ledang, kawasan
Daerah Muar district sekarang tinggal hanya bahagian sebelah selatan Sungai Muar.
Hotel di Muar
- Muar Traders Hotel
(GPS: 2.04632, 102.56341) 
- Inn Home Hotel Muar
(GPS: 2.04819, 102.56777) 
- Elite Hotel
(GPS: 2.04252, 102.56512) 
Tempat-tempat di Muar
- Dataran Tanjung Emas (GPS: 2.04671, 102.5551)

- Istana Hinggap Muar (GPS: 2.04613, 102.56039)

- Jin Yit Sze Temple (GPS: 2.03994, 102.56945)

- Living Water Presbyterian Church (GPS: 2.05565, 102.57367)

- Masjid Jamek Muar (GPS: 2.04639, 102.55838)

- Masjid Sultan Ismail (GPS: 2.05086, 102.56173)

- Muar Municipal Council (GPS: 2.04711, 102.56539)

- Muar Royal Customs & Excise Office (GPS: 2.04751, 102.56593)

- Muar Second Bridge (GPS: 2.07711, 102.55402)

- St Andrew's Catholic Church (GPS: 2.05421, 102.57289)

- Sultan Abu Bakar Building (GPS: 2.0461, 102.56194)

- Sultan Ismail Bridge (GPS: 2.05087, 102.56715)

- Taman Tanjung Emas (GPS: .0475, 102.55414)

Seni Jalanan di Muar
Kategori tempat di Muar
Tempat makan di Muar
Tempat menarik berdekatan Muar
Sejarah Muar
Muar adalah sebuah bandar yang amat tua, berbanding bandar lain di Malaysia. Malahan ia lebih tua daripada
Melaka, sebab inilah tempat Parameswa singgah dalam perjalanan beliau ke utara, sebelum mengasaskan Melaka. Parameswara dikatakan telah mengasaskan sebuah penempatan di Pagoh, di ulu Muar. Hanya di Muar dapat kita ziarahi makam sultan Melaka yang tunggal, iaitu Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488). Ia satu-satunya makam sultan Melaka yang tidak dimusnahkan oleh pihak Portugis. Portugis telah membina sebuah kubu di Muar, bernama Fortaleza de Muar, untuk menentang ancaman Belanda dan Aech.
Apabila pihak British menjadikan Dato' Temenggong Daing Ibrahim pemerintah
de facto untuk Johor, pemerintah sebenar, Sultan Ali, memerintah sebuah kesultanan yang bebas di Muar bernama Kesang. Walaupun Sultan Ali sepatutnya menjadi pemerintah untuk seluruh Johor, oleh sebab baginda kurang kuasa, Temenggong pula dijadikan pemerintah de facto. Apabila Temenggong meninggal dunia, takhta Johor telah berpindah ke tangan anak sulongnya yang menaiki takhta sebagai Maharaja Abu Bakar dan kemudiannya Sultan Abu Bakar.
Setelah kemangkatan Sultan Ali, anaknya Tengku Mahmood yang berumur sebelas tahun telah dipilih menjadi penggantinya dan bukan waris sebenar, iaitu putera sulong Tengku Alam. Apabila Colonel Archibald Anson, selaku Pemangku Gabenor Negeri-Negeri Selat, ingin meletakkan Muar di bawah pentadbiran Maharaja Abu Bakar, Tengku Alam telah mengisytiharkan perang. Konflik ini dikenali sebagai Perang Saudara Jementeh. Tentera Maharaja Abu Bakar di bawah pimpinan sepupunya Ungku Ahmad, dengah mudahnya menewaskan tentera Tengku Alam.
Hasil peperangan ini, bandar Muar telah dibuka oleh Maharaja Abu Bakar yang memberikannya gelaran Bandar Maharani pada tahun 1884. Pada tahun kemudian, Maharaja Abu Bakar diisytiharkan sultan. Baginda memerintah selama sepuluh tahun lagi sebelum mangkat pada tahun 1895.
Timothy Tye and Goh Chooi Yoke at the Bangsa Malaysia mural (11 September, 2016)
Pergi ke Muar
Anda boleh menaiki bas dari
Johor Bahru (2 1/2 jam) atau
Kuala Lumpur (2 1/2 jam). Jika memandu, keluar dari
Lebuhraya Utara-Selatan di Persimpangan Tangkak (Exit 235) jika datang dari utara, dan Persimpangan Pagoh (Exit 238) jika dari selatan.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.