Pemandangan Gunung Jerai di Daerah Kuala Muda (23 Ogos, 2015)
English
Daerah Kuala Muda adalah sebuah daerah di bahagian selatan negeri Kedah. Ia disempadani
Daerah Yan di barat laut, Daerah Pendang di utara,
Daerah Sik di timur laut,
Daerah Baling dan
Daerah Kulim di tenggara, dan
Pulau Pinang di selatan. Daerah Kuala Muda mempunyai keluasan 923 km persegi. Pusat pentadbirannya adalah bandar
Sungai Petani iaitu bandar kedua besar di Kedah.
Antara bandar yang terdapat di Daerah Kuala Muda termasuk Tikam Batu, Padang Tembusu, Sungai Lalang, Bedong, Bukit Selambau, Sidam,
Gurun, Semeling, Merbok,
Kota Kuala Muda dan
Tanjung Dawai.
Daerah Kuala Muda dibahagikan kepada beberapa mukim, yang mungkin juga merupakan bandar. Ini termasuk Bandar Aman Jaya,
Bedong, Bujang, Bukit Meriam, Bukit Selambau,
Gurun, Haji Kudong,
Jeniang, Kota,
Kota Kuala Muda, Kuala,
Merbok, Pekula, Pinang Tunggal, Rantau Panjang,
Semeling, Sidam Kiri, Simpor, Sungai Lalang, Sungai Pasir,
Sungai Petani, Teloi Kiri, Tikam Batu dan
Tanjung Dawai.
Lembah Bujang juga terletak di Daerah Kuala Muda. Ia adalah tapak arkeologi untuk tamadun purba yang paling besar di negara ini. Juga di Daerah Kuala Muda ialah Masjid Pengkalan Kakap, satu daripada masjid yang tertua di Kedah.
Tempat-tempat di Daerah Kuala Muda dalam peta
Senarai tempat di Daerah Kuala Muda
Kampung Tepi Sungai
5.5806, 100.34156Sebuah kampung di tebing utara Sungai Muda, paling dikenali sebagai tempat untuk Pasar Bisik.
Maklumat
Merdeka Beach Resort
GPS: 5.66507, 100.36751Sebuah resort kecil yang popular dengan pelawat tempatan yang sering digunakan oleh syarikat tempatan untuk seminar dan aktiviti teambuilding.
Maklumat
Monumen Tsunami
GPS: 5.58614, 100.33989Tugu peringatan untuk bencana tsunami yang melanda kawasan itu pada bulan Disember, 2004.
Maklumat
Pantai Merdeka
GPS: 5.66603, 100.36732Pantai Merdeka adalah sebuah kawasan persisiran pantai yang terkenal di selatan negeri Kedah.
Maklumat
Pasar Bisik Kuala Muda
GPS: 5.57827, 100.34105Pasar nelayan di mana urusniaga dijalankan secara berbisik.
Maklumat
Pulau Sayak
GPS: 5.66062, 100.33421Sebuah kampung nelayan dengan pemandangan indah.
Maklumat
Tapak Arkeologi Sungai Mas
GPS: 5.59136, 100.37513Bekas tapak arkeologi di mana penggalian tidak lagi dijalankan.
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.