Taman Legenda Langkawi (19 February, 2017)
English
Taman Legenda (GPS: 6.30885, 99.85459), yang seringkali ditulis sebagai
Taman Lagenda, adalah sebuah taman persisiran pantai di
Kuah, Langkawi. Taman seluas 50 ekar ini mempunyai banyak tugu memperingati pelbagai legenda yang bersangkutpaut dengan Langkawi. Terdapat papan tanda yang menerangkan setiap satu legenda dan sebuah peta yang besar menunjukkan kedudukan setiap papan tanda tersebut.
Taman Legenda mengumpul kesemua legenda masyhur berkenaan Langkawi ke satu tempat. Apabila anda melawat tapak ini, anda akan berpeluang mengenali legenda-legenda Langkawi dan juga tempat-tempat berlegenda, seperti Tanjong Chinchin, Ayer Hangat, legenda Gergasi Bertarung, Bukit Tinjau, Belanga Pechah, Kuah, legenda Dayang Bunting, Telaga Tujoh, Bukit Hantu, Padang Gaong, legenda Garuda and Jentayu, Tombak Pandak Mayah, Warita Mahsuri, legenda Sumpah Turuh Keturunan Mahsuri dan Tamatnya Sumpah.
Penduduk tempatan sering berkunjung ke Taman Legenda untuk berjalan-jalan makan angin. Terdapat empat tasik buatan manusia di sini, dan pokok-pokok ditanam untuk menghijaukan suasana taman. Dari taman ini, anda boleh memandang ke at
Dataran Lang.
Taman Legenda, Kuah
https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kuah#/media/File:Legend_Park_Langkawi_-_view_of_lake.JPG
Hzh
Taman Legenda, Kuah
https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kuah#/media/File:Legend_Park_Langkawi_-_a_view.JPG
Hzh
Taman Legenda adalah
dalam peta Kuah

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.