Muzium Diraja (Istana Negara Lama) (8 Julai, 2016)
English
Muzium Diraja (GPS: 3.13182, 101.69907) mengekalkan Istana Negara Malaysia yang lama. Ia terletak di
Jalan Istana di Kuala Lumpur. Muzium ini memelihara bangunan yang dahulunya menjadi tempat bersemayam
Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Baginda bersemayam di sini dari tahun 1957 hingga ke tahun 2011, apabila kompleks
Istana Negara yang baharu siap dibina.
Muzium Diraja telah dibuka kepada orang awam mulai bulan Februari, 2013, untuk memberi orang ramai pandangan ke dalam kediaman raja yang lepas. Bangunan ini dibina pada tahun 1928, dan pada asalnya merupakan kediaman seorang jutawan Cina bernama Chan Wing. Bangunan mewah ini telah direkabentuk oleh firma seni bina Singapura, Swan & Maclaren, dalam gaya Palladian. Ia menduduki tanah seluas 11.35 hektar, dan merupakan antara banglo yang paling mewah di Semenanjung Malaysia pada masa ia disiapkan.
Pandangan dekat Istana Negara yang lama (8 Julai, 2016)
Istana Negara yang lama (8 Julai, 2016)
Laluan menuju ke Istana Negara yang lama (8 Julai, 2016)
Saya bersama plak mewartakan Istana Negara lama sebagai tapak warisan negara. (8 Julai, 2016)
Pandangan 360° Muzium Diraja pada Google Maps Street View
Pintu masuk ke Istana Negara yang lama (Dec 2015)
Istana Negara yang lama
12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.