Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis (30 Julai, 2016)
English
Masjid Al-Hussain (GPS: 6.39703, 100.1282) ialah masjid yang utama di
Kuala Perlis. Ia dibina atas tiang-tiang di persisiran pantai, dan kelihatan seakan-akan terapung di permukaan laut. Masjid ini mempunyai kubah berbentuk cawan yang dihiasi corak, pada bumbung bujur setingkat. Menara masjid ini berakhir dengan sepasang puncak. Masjid Al-Hussain tersergam indah terutamanya pada waktu senja.
Masjid Al-Hussain telah dibina oleh seorang saudagar tempatan, Tan Sri Mohd Ariffin Yusuf, mengikut rekabentuk yang diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. The mosque ini diberi nama sempena Allahyarham abang Tan Sri Mohd Ariffin Yusuf.
Keunikan Masjid Al-Hussain terletak pada dindingnya yang tidak dicat, tetapi dihiasi dengan pelbagai pelapis termasuk batu karang, granik, marmar dan kerikil. Kubah berbentuk cawan ini dihiasi corak biru atas latar krim diliputi bahan Polyvinylidene Diffluoride yang melindungi permukaannya.
Pintu depan Masjid Al-Hussain (30 Julai, 2016)
Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis (30 Julai, 2016)
Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis (30 Julai, 2016)
Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis (30 Julai, 2016)
Masjid Al-Hussain
[an error occurred while processing this directive]
Masjid Al-Hussain adalah
dalam peta Kuala Perlis
Rujukan
1. Discover Malaysia: Your Muslim-Friendly Destination

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.