View of Bagan Jermal, Penang (8 Oktober, 2009)
English Hokkien
Bagan Jermal adalah sebuah tempat di sebelah utara
George Town. Ia disempadani
Persiaran Gurney di sebelah utara,
Pulau Tikus di sebelah timur,
Ayer Rajah di sebelah selatan dan
Mount Erskine di sebelah barat.
Bagan Jermal mendapat namanya
Jalan Bagan Jermal, yang pula mendapat namanya dari perkampungan persisiran pantai di situ. Kampung itu digelar Kampung Bagan Jermal dan juga Kampung Masjid Bagan. Nama Bagan Jermal merujuk kepada perangkap ikan yang dipasang pada tiang di sepanjang pantai untuk menangkap ikan persisiran. Hari ini, Bagan Jermal telah berubah wajah menjadi satu daripada kawasan perumahan yang bertaraf mewah di Pulau Pinang.
Perkampungan Bagan Jermal masih wujud pada hari ini. Ia terdiri daripada sekelompok rumah Melayu yang dikelilingi pembangunan moden pada tiga penjuru, dan laut pula pada penjuru keempat. Tempatnya tenteram, bagaikan masa sudah berhenti di sini.
Lokasi tempat di Bagan Jermal dalam peta
Tempat-tempat di Bagan Jermal
- Balai Bomba & Penyelamat Bagan Jermal (GPS: 5.44137, 100.30675)

- Chooi Bee Keong Temple (GPS: 5.44176, 100.30701)

- Former Phor Tay School (GPS: 5.43785, 100.3056)

- Gurney Inn (GPS: 5.44073, 100.30769)

- Jermal Court Apartment (GPS: 5.43584, 100.30381)

- Jermal Jaya Apartment (GPS: 5.43647, 100.30396)

- Marina Bay Condominium (GPS: 5.44294, 100.30695)

- Masjid Jamek Bagan Jermal (GPS: 5.44424, 100.30535)

- Mutiara Villa (GPS: 5.43971, 100.30675)

- Sri Muneeswarar Temple (GPS: 5.44206, 100.30686)

- St Nicholas Home (GPS: 5.43499, 100.3044)

- Taman Kristal (GPS: 5.43857, 100.30425)

- Towed Vehicle Car Park (GPS: 5.44188, 100.30631)

Kampung Bagan Jermal (16 April, 2013)
Bagan Jermal, Penang (8 October, 2012)
Bagan Jermal, Pulau Pinang (8 Oktober, 2012)
Pengangkutan awam di Bagan Jermal
Untuk pergi ke Bagan Jermal, anda boleh menaiki bas
Rapid Penang Bus
101,
104 dan
304. Bas
Penang Hop-On Hop-Off juga melalui Bagan Jermal.
Jarak dari Pusat Bandaraya
Bagan Jermal adalah 4.2 km dari Simpang Enam, menjadikannya sesuai sebagai tempat tinggal untuk merka yang bekerja di bandaraya.
Kemudahan di Bagan Jermal
Sekolah terdekat ialah
Sekolah Menengah Perempuan Cina Pulau Pinang.
Phor Tay Institution yang terletak di Jalan Bagan Jermal telah memindahkan sekolah menengahnya ke
Sungai Dua. Stesen minyak terdekat ialah Shell di sepanjang Jalan Burma. Pasar yang terdekat ialah Pasar Pulau Tikus. Hospital yang terdepat ialah
Hospital Adventist Pulau Pinang.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.