Saya di Beyond Gravity, G Hotel Kelawai (1 March, 2017)
English
Beyond Gravity adalah ruang alfresco di bahagian bumbung
G Hotel Kelawai. Tempat ini dibuka hanya untuk perhimpunan persendirian. Ia berada di atas tingkat 24 hotel tersebut. Dari ini, tetamu dapat menikmati pemandangan indah latar langit bandaraya George Town, dari laut sampailah ke
Bukit Bendera.
Beyond Gravity amat sesuai sebagai tempat bertemu bual untuk rakan-taulan, saudara mara dan juga untuk aktiviti perniagaan. Oleh itu, G Hotel Kelawai telah menawarkan tempat ini untuk pakej
Gathering dengan Bufet Malam Antarabangsa. Bufet ini diberi harga RM100nett, dan adalah sesuai untuk majlis harijadi, perayaan ulangtahun dan apa-apa sambutan yang anda ingin adakan, dengan langit di atas dan bandaraya
George Town tersergam indah di bawah.
Menu Bufet Antarabangsa di Beyond Gravity menawarkan salad bar, tapas, pembuka selera, compound salad, sup, hidangan panas dan pencuci mulut. Antara item pada salad termasuk Iceberg Lettuce, Red Chicory, Lolo Rosso, Tomato dan pelbagai jenis dressings. Antara tapas yang ada termasuk Popiah Goreng, Tempura Udang, Chicken Boxing, Samosa Sayur, Karipap Kentang dan Gelang Sotong. Hidangan panas termasuk sayur-sayuran, kentang, pasta, mee, telur, ayam, udang, kambing dan nasi. Jamuan diselesaikan dengan hidangan pencuci mulut, buah-buahan- puding mangga, mousse strawberi, kek pandan, kuih Nyonya, dan juga bubur kacang merah ataupun bubur kacang hijau.
Pemandangan di Beyond Gravity sungguh menakjubkan pada waktu malam, apabila cahaya lampu serata bandaraya telah dinyalakan, dan ruang istirehat juga diterangi cahaya berwarna-warni.
Oleh sebab Beyond Gravity terdedah kepada keadaan cuaca, pada hari apabila cuaca tidak memuaskan, tetamu boleh menggunakan
2PM Lounge untuk sambutan mereka.
Beyond Gravity, G Hotel Kelawai (1 March, 2017)
Saya di Beyond Gravity, G Hotel Kelawai (1 March, 2017)
Reservations
Contact
2PM Lounge at 04 219 0000 or visit www.ghotel.com.my

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.