Hotel Olive Tree's Bufet Dim Sum (5 Mac, 2017)
English EditionBM
Sukkah Coffee House di
Hotel Olive Tree telah memperkenalkan Bufet Dim Sum mulai hari Ahad, 5hb Mac, 2017. Ini adalah suatu bufet dim sum yang lengkap, di mana para tetamu dapat memilih hidangan daripada stesen-stesen makanan tanpa mengisi borang tempahan. Terdapat banyak jenis dim sum yang telah disediakan, dari yang distim kepada yang digoreng.
Saya dan isteri saya telah dijemput oleh Hotel Olive Tree untuk mencuba bufet ini pada hari pemulaannya. Beberapa bulan yang lepas, saya telah berpeluang mencubanya apabila hotel ini mengadakan "hidangan cuba" untuk beberapa blogger. Selepas beberapa bulan menunggu, akhirnya kami berasa sungguh puas hati yang bufet ini sudah dapat dilaksanakan.
Antara hidangan yang, bagi pendapat saya amat sedap, termasuk kuih lobak putih yang distim, bebola isi ketam, ladu keladi goreng dan chee cheong fun, yang terdapat dengan tiga jenis inti, yakni udang, kekapis dan daging char siew. Kesemua hidangan dim sum adalah
halal dan dibuat menggunakan daging ayam, udang and kekapis.
Terdapat juga kaki ayam tumis pada bufet ini. Rasanya enak, tetapi pada pendapat kami, kalau kaki ayam itu ditumis lebih lama, maka ia akan menjadi lebih lembut, dan lebih sedap lagi. Pendapat ini kami maklumkan kepada chef dim sum, Chef Aaron.
Selain itu, kami juga dapati yang hidangan goreng akan kehilangan rasa rangupnya apabila dibiarkan seketika. Kami faham yang ini suatu masalah dalam bufet, di mana hidang sering menunggu tetamu mengambilnya, dan dalam masa itu, mungkin tidak lagi serangup masa ia siap digoreng. Kami memaklumkan chef supaya sesuatu dapat dilakukan, agar mutu makanan dan juga kepuasan tetamu tidak dijejaskan oleh sebarang kelemahan.
Pada keseluruhannya, saya dan isteri saya amat menikmati bufet dim sum ini. Bilangan hidangan tinggi, sehinggalah kami tidak dapat mencuba setiap satu. Kami mengucapkan terima kasih kepada Olive Tree Hotel kerana telah menjemput kami, dan berharap dapat mencuba bufetnya lagi pada masa akan datang.
Tempahan
Bufet Dim Sum Hotel Olive Tree diadakan pada setiap hari Ahad dari 12:00 tengahari hingga 3:00pm. Harganya RM64+ dewasa, RM35+ kanak-kanak (5-12 tahun) dan RM45+ wargas emas (55 tahun ke atas). Terdapat juga
Tawaran Buka Tirai Beli 5 Percuma 1! Untuk membuat tempahan, sila hubungi hotel pada 04 637 7856.
Sukkah Coffee House
Hotel Olive Tree
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Phone: +60 4 637 7777
GPS: 5.327004, 100.279637
Bufet Dim Sum di Hotel Olive Tree© Hotel Olive Tree
Kulit Popiah Goreng, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Kek Keladi, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Ladu Prawn Rangup, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Ladu Prawn Rangup, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Gyoza Goreng, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Popiah Kacang Soya Goreng bersumbat Udang, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Kek Lobak Putih Bergoreng X.O., Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Kaki Ayam Bertumis, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Kek Lobak Putih, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Bebola Daging Ketam, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Ladu Keladi Goreng, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Bebola Bijan, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Chee Cheong Fun, Olive Tree Dim Sum (5 Mac, 2017)
Kembali ke laman utama Sukkah Coffee House
Maklumat
Kembali ke laman utama Hotel Olive Tree
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.