CHI, The Spa at Shangri-La's Rasa Sayang Resort (31 Mac, 2017)
English
CHI, The Spa at Shangri-La adalah spa yang paling besar dan paling mewah di Pulau Pinang. Ia terletak bersebelahan dengan kolam renang Bahagian Rasa di perkarangan
Rasa Sayang Resort. Inilah spa yang membolehkan resort ini dinamakan "Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa." Nama spa ini datangnya dari falsafah Cina berkenaan
ch'i. Ia dibuka pada setiap hari dari 10:00am pagi hingga 10:00pm malam, dan tetamu disyorkan membuat tempahan terlebih dahulu.
CHI terdiri daripada sekelompok villa yang dihubungkan dengan lorong menghijau. Bangunan utamanya sebuah struktur tinggi lapan persegi yang dibina daripada balak dan batu.
CHI menawarkan pelbagai jenis rawatan berunsur Cina mahupun Melayu yang dijalankan di satu daripada villanya. Setiap villa di CHI dikelilingi taman yang memberikan suasana tenang dan hijau. Ia dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik mandi dan bilik rawatan. Para tetamu boleh memilih menerima rawatan di dalam villa ataupun di astaka luar.
Alamat
Sebarang pertanyaan ataupun membuat tempahan di CHI, sila hubungi resort pada talian berikut:
Telefon: 04 888 8888
Emel: chi.rasasayang@shangri-la.com
Suasana hijau di pintu masuk ke CHI, The Spa at Shangri-La (31 Mac, 2017)
Laluan ke bangunan utama CHI (31 Mac, 2017)
Pandangan bangunan CHI dari kolam renang Bahagian Rasa Wing. (31 Mac, 2017)
Bangunan utama CHI, The Spa (31 Mac, 2017)
Sambutan mesra dari kakitangan CHI, The Spa (31 Mac, 2017)
Perkarangan CHI. (31 Mac, 2017)
Laluan ke pelbagai villa di CHI (31 Mac, 2017)
Gerbang masuk ke sebuah villa di CHI (31 Mac, 2017)
Pintu masuk ke sebuah villa di CHI (31 Mac, 2017)
Kolam dengan tumbuhan air memberikan suasana tenang di CHI (31 Mac, 2017)
Bilik rawatan yang selesa di CHI (31 Mac, 2017)
Tetamu dihidangkan minuman sebelum rawatan bermula. (31 Mac, 2017)
Basin berisi air dengan bunga kemboja memberikan ketenangan kepada tetamu. (31 Mac, 2017)
Sesi rawatan luar dalam perkarangan yang hijau. (31 Mac, 2017)
Kolam untuk sesi rawatan hidrotherapi. (31 Mac, 2017)
Setelah mengikuti rawatan, tetamu boleh berehat di kerusi sandar. (31 Mac, 2017)
Meja solek untuk menghias diri selepas rawatan. (31 Mac, 2017)
Kembali ke laman utama Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.