Feringgi Grill & Bar (6 Mac, 2017)
English
Feringgi Grill adalah sebuah restoran masakan barat berciti kontemporari di
Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa di
Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Restoran Feringgi Grill berada pada tingkat satu bahagian Rasa Wing hotel tersebut. Dari ini, tetamu dapat menikmati suasana indah dengan pemandangan indah kawasan persekitaran resort termasuk pemandangan laut dari jauh. Restoran ini satu-satunya tempat untuk menikmati makanan enak diiringi pilihan arak yang bermutu. Di Feringgi Grill terdapat koleksi arak yang amat meluas yang berjumlah lebih kurang seribu botol. Para tetamu juga dapat berehat di Bilik Cerut sambil menikmati pilihan cerut yang bermutu antarabangsa.
Tetamu ke Feringgi Grill dikehendaki berpakaian Smart Casual, iaitu seluar pendek, selipar, kemeja-t tanpa kolar, kemeja-t tanpa lengan, cap dan topi tidak dibenarkan. Ia tempat yang sesuai sekiranya anda ingin berpakaian Formal.
Feringgi Grill dibuka setiap hari dari 7:00am hingga 10:30am pagi untuk sarapan bagi, khas untuk tetami yang menginap di Rasa Wing sahaja, dan dari 6:30pm hingga 10:30pm untuk sarapan malam. Merokok tidak dibenarkan di ruang makan.
Alamat
Feringgi Grill
Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa,
Phone: +60 4 888 8888
Lawatan dan Acara di Feringgi Grill
Feringgi Bar & Grill, Rasa Sayang Resort. (6 Mac, 2017)
Meja untuk sarapan intim di Feringgi Bar. (6 Mac, 2017)
Meja untuk sarapan intim di Feringgi Bar. (6 Mac, 2017)
Pemandangan laman Rasa Sayang Resort dari Feringgi Grill. (6 Mac, 2017)
Arak dalam koleksi Feringgi Grill. (6 Mac, 2017)
Bilik Cerut Feringgi Grill. (6 Mac, 2017)
Tukang masak menyediakan makanan ringan di Feringgi Grill. (6 Mac, 2017)
Meja salad di Feringgi Grill. (6 Mac, 2017)
Saya dan isteri saya di Feringgi Grill & Bar. (6 Mac, 2017)
Kembali ke laman utama Rasa Sayang Resort & Spa
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.