Hotel Flamingo By The Beach (11 Jun, 2016)
English
Hotel Flamingo By The Beach (GPS: 5.46679, 100.28869) adalah sebuah hotel persisiran pantai di
Tanjung Bungah,
Pulau Pinang. Hotel yang dahulunya dikenali dengan nama The Crown Jewel Hotel antara
George Town dengan
Batu Ferringhi.
Hotel Flamingo By The Beach mempunyai 280 bilik. Jenis bilik termasuk Bilik Deluxe Pandang Bukit, Bilik Deluxe Pandangan Laut, Suite 2-Bilik, Suite 3-Bilik dan Suite Presiden. Kemudahan bilik antaranya termasuk penghawa dingin, televisyen, telefon dial terus, bilik air, peti sejuk kecil dan pembancuh kopi/teh.
Kemudahan hotel pula termasuk kolam renang dan Jacuzzi, Bilik Mainan Kanan-Kanak, spa, gimnasium, pusat bisnes, dan laluan terus ke pantai. Terdapat tiga tempat makan di hotel ini. Tempat makan utama ialah Flamingo Cafe, yang menawarkan sarapan pagi berbentuk bufet dan juga makanan à la carte dan bufet pada masa-masa lain. Dua lagi tempat makan di hotel ini adalah Flamingo Theque dan Beach Bar.
Alamat
Flamingo Hotel By The Beach
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah,
Pulau Pinang.
Telefon: 04 890 4111
Tinjauan Bilik di Hotel Flamingo By The Beach
Maklumat
Menginap di Hotel Flamingo By The Beach
Maklumat
Menikmati pantai Tanjung Bungah di Hotel Flamingo By The Beach (4 March, 2017)
Saya dan isteri saya di balkoni bilik kami, di Hotel Flamingo By The Beach (3 March, 2017)
Anjung Hotel Flamingo By The Beach (11 Jun, 2016)
Lobi Hotel Flamingo By The Beach (11 Jun, 2016)
Meja depan Hotel Flamingo By The Beach (11 Jun, 2016)
Pemandangan Hotel Flamingo By The Beach bersama kolam renangnya dan laut di sebelah belakang. (11 Jun, 2016)
Ruang duduk Hotel Flamingo By The Beach. (11 Jun, 2016)
Hotel Flamingo By The Beach (11 Jun, 2016)
Tangga putar antara kolam renang dengan tingkat lobi. (11 Jun, 2016)
Gimnasium, Hotel Flamingo By The Beach (6 Mac, 2017)
Gimnasium, Hotel Flamingo By The Beach (6 Mac, 2017)
Qin Spa di Hotel Flamingo By The Beach (6 March, 2017)
Kelab Kanak-Kanak, Hotel Flamingo By The Beach (6 March, 2017)
Kelab Kanak-Kanak, Hotel Flamingo By The Beach (6 March, 2017)
Kedai Runcit, Hotel Flamingo By The Beach (6 March, 2017)
Flamingo Hotel by the Beach pada Google Maps Street View
Pergi ke Hotel Flamingo By The Beach
Anda boleh menaiki bas
Rapid Penang 101,
102 dan
103 untuk ke Flamingo by the Beach Hotel. Selain itu, hotel ini adalah satu daripada hentian untuk bas pelancong dua-tingkat
Hop-On Hop-Off.
Hotel Flamingo By The Beach adalah
pada peta Tanjung Bungah

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.