Kafe Spice Market, Rasa Sayang Resort (26 Mac, 2017)
English
Kafe Spice Market ialah sebuah restoran informal di
Rasa Sayang Resort & Spa. Ia terletak di bahagian Garden Wing resort tersebut, dan menawarkan sarapan bufet dengan pelbagai jenis masakan termasuk masakan Cina, Nyonya, India, Jepun, Korea, Thai, Barat dan Antarabangsa.
Apabila anda masuk kafe ini, anda mula-mula melalui bahagian yang dipanggil Spice Boutique. Bahagian ini adalah galeri dan juga butik yang mempamerkan rempah ratus yang didapati di Asia, khususnya kawasan
Nusantara. Bagi pelawat asing, butik ini memberikan gambaran kepada rempah ratus yang begitu mustahak dalam perdagangan masa lampau, yang menjadi sebab utama kuasa-kuasa barat telah tertarik kepada rantau ini beratus tahun dahulu. Sebuah papan interpretif menerangkan sejarah perdagangan rempah, termasuk aktiviti
Syarikat Hindia Timur Inggeris, dan peranan rempah dalam sejarah
Pulau Pinang. Kebanyakan rempah yang terdapat di Spice Boutique boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai bahan kenangan.
Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati bufet tengahari di Kafe Spice Market pada hari Ahad, 26hb Mac, 2017. Kami tiba kira-kira pukul 12:00 tengahari, apabila segala hidangan baharu sahaja siap disaji. Banyaknya makanan! Setiap jenis dikumpul pada kaunter yang berlainan, bergantung kepada jenis masakan. Di bahagian makanan laut terdapat ketam,
udang krai yabby, kupang dan udang. Di sebelahnya pula terdapat makanan Jepun termasuk
sushi,
sashimi dan
tempura, dan juga
sayuran jeruk Jepun.
Mereka yang ingin membuka selera dengan salad akan mendapati pelbagai jenis salad di bahagian pembuka selera. Terdapat
cold cuts,
ikan salmon salai dengan
kaper, dan sekurang-kurangnya tiga jenis keju termasuk
Keju Emmental,
Brie dan
Keju Biru (satu-satunya makanan yang masih mengejutkan saya), bersama makanan iringan seperti gajus, kismis, zaitun hitam, cendawan panggang dan banyak lagi.
Di satu bahagian lagi, kami dapati masakan India. Terdapat beberapi jenis roti India dan juga
ayam tandoori. Selain itu, terdapat makanan panggang seperti daging kambing dan lembu panggang dan juga sosej ayam. Kalau terasa masih tak cukup, terdapat pula satu bahagian dengan berjenis-jenis sajian yong tau foo.
Bufet di Kafe Spice Market merupakan satu daripada bufet yang lebih elok yang pernah saya nikmati. Walaupun saya tidak berupaya mencuba setiap hidangan, yang saya cuba, saya suka. Ya, setiap hidangan yang saya cuba memang menepati tahap yang boleh diharap daripada Rasa Sayang Resort & Spa.
Akhil sekali, kalau anda suka makanan yang manis, anda tak akan kecewa di sini. Setelah habis mencuba makanan savouri, beredar kita ke bahagian pencuci mulut. Di sini terdapat berjenis-jenis kek dan kuih-muah, termasuk puding dan aiskrim! Antara kek yang ada di sini, saya telah nampak
Bavaroise Strawberi,
tart Pecan,
kek keju Marmar dan
kek St. Honoré, antaranya. Saya pun mencubalah seberapa banyak yang perut mampu isi. Kalau suka pencuci mulut yang manis-manis, sediakan perut anda!
Bufet tengahari di Kafe Spice Market ialah satu-satunya bufet yang saya dan isteri saya amat seronok nikmati. Kami melafaskan penghargaan kepada Pengarah Komunikasi Rasa Sayang Resort & Spa, Tunku Suleiman Tunku Abdul Rahman, kerana telah memberi kami kesempatan untuk menikmatinya. Kalau peluang mengizinkan, cubalah bufet ini!
Tempahan
Untuk tempahan bufet pada Kafe Spice Market, sila hubungi Rasa Sayang Resort & Spa pada (60 4) 888 8888.
Saya dan isteri saya di Spice Boutique, pada pintu masuk ke Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
The Spice Boutique (26 Mac, 2017)
Dewan makan di Kafe Spice Market, Rasa Sayang Resort (26 Mac, 2017)
Kafe Spice Market, Rasa Sayang Resort (26 Mac, 2017)
Sous Chef Danny Lee memberi tanda hebat kepada makanan di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Ketam spanner crab, yang juga dipanggil Ranina Ranina, di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Yabby, iaitu udang krai air tawar, di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Kupang di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Sotong kurita kecil, kimchi, dan sajian iringan Jepun di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Beberapa jenis keju dan jem di Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Ayam panggang di meja potong pada Kafe Spice Market (26 Mac, 2017)
Kembali ke laman utama Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.