Teroka Bersama Timothy Tye

Kafe The Habitat

Kafe The HabitatKafe The Habitat (4 Februari, 2017)


English

Kafe The Habitat ialah sebuah kafe di The Habitat Penang Hill. Ia berada di sebelah kedai barang kenangan Shop On The Hill. Kafe ini menjual pelbagai makanan dan minuman. Ia tempat ideal untul menghilangkan kelaparan selepas puas menjelajah The Habitat.

Saya dan isteri saya telah melawat Kafe The Habitat pada 4hb Februari, 2017. Kami di sana atas jemputan Encik Allen Tan, Pengarah Urusan The Habitat Penang Hill, yang membelanja kami bersarapan di sana selepas asyik meneroka hutan belantara The Habitat. Sedapnya sarapan tengah hari itu. Kami makan Kari Kapitan Ayam dengan Roti Bakar (RM19.90), Kari Hijau Ayam dengan Roti Bakar (RM19.90) dan Sandwic Gourmet (RM16.90). Untuk minuman pula, saya minum Latte Ais (RM12.90) manakala isteri saya minum Air Soda Semulajadi (RM12.90). Kemudian, kami menikmati Kek Dulcey (RM16.90) pencuci mulut.

Timothy Tye di Kafe The HabitatSaya dah siap nak makan, di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatKari Kapitan Ayam dengan Roti Bakar di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatKari Hijau Ayam dengan Roti Bakar di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatSandwic Gourmet dengan Biji Popi di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatKek Dulcey dengan foil emas yang boleh dimakan, di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatKesemua makanan sekali pandang, di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatKek Dulcey dalam kabinet kaca di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)


Sarapan tengah hari di Kafe The HabitatMinuman Soda Semulajadi di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)

Senarai Restoran di Pulau Pinang dan Restoran di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.