Kereta Kabel di taman tema ESCAPE memberi gambaran kecil untuk Kereta Kabel Bukit Bendera kelak (9 November, 2019)
English Version
Kereta Kabel Bukit Bendera adalah sistem kereta kabel yang sudan dirancang untuk menghubungkan Bukit Bendera. Ia merupakan cara alternatif kepada
Keretapi Bukit Bendera. Projek ini pertama kalinya diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila beliau membentangkan Bajet 2020 pada 11hb Oktober, 2019. Kata beliau, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM100 juta untuk projek ini.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, projek ini diharap dapat membawa lebih ramai pelawat ke
Bukit Bendera. Para pelawat dapat didorong supaya menaiki Bukit Bendera secara sistemaik. Dorongan termasuk insentif untuk menggunakan kereta kabel selepas 6:00pm.
Pada 8hb Januari, 2020, selepas sekali lagi berlakunya kerosakan pada keretapi bukit, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan projek kereta kabel ke Bukit Bendera dengan menghubungkannya kepada
Kebun Bunga. Menurut Tuan Chow, antara lapan hingga sepuluh tiang perlu didirikan untuk sistem kereta kabel, dan stesen bawah akan diletakkan di luar Kebun Bunga, berdekatan
Kelab Menembak Pulau Pinang.
Rujukan

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.