Menaiki Bas ke Pulau Pinang (20 December, 2008)
English
Menaiki bas ekspres ke Pulau Pinang amat mudah. Terdapat dua terminal bas ekspres yang utama, iaitu
Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong 
(GPS: 5.34318, 100.3003), di sebelah pulau, dan
Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral 
(GPS: 5.39458, 100.36736) di
Butterworth.
Lokasi Terminal Bas Ekspres di Pulau Pinang
Apabila membeli tiket bas ekspres, pastikan anda pilih lokasi terminal yang paling sesuai dengan destinasi anda. Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong terletak di
Sungai Nibang, di bahagian tengah pinggir barat Pulau Pinang. Terminal bas ini lebih kurang setengah jam dari pusat bandaraya
George Town. Sekiranya anda ingin menuju ke sebuah hotel yang berada di George Town, anda boleh menaiki bas awam Rapid Penang yang berhenti di Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong. Perhentian bas Rapid Penang berada pada
Jalan Sultan Azlan Shah (Bas
102,
303,
304,
305,
308 dan
401) dan
Jalan Sungai Dua (Bas
303 dan
305). Tambang bas (ketika Februari 2017) adalah RM1.50 untuk Orang Dewasa. Selain itu, stesen teksi juga berada di tepi terminal bas.
Terminal Pengangkuatan Sementara Penang Sentral merupakan terminal pengangkutan sementara sehingga siapnya pembinaan terminal Penang Sentral yang kekal. Ia berada di Butterworth, bersebelahan
Terminal Feri (Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan
Stesen Keretapi Butterworth. Stesen Teksi Penang Sentral juga berdekatan terminal bas.
Dari Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral, anda dapat menaiki keretapi, feri, teksi dan bas awam
Rapid Penang (
601,
602,
603,
604,
605,
608,
701,
702,
703,
709 dan
801), yang mempunyai rangkaian laluan dari Penang Sentral ke seluruh
Seberang Perai.
Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral (Aug 2015).
Yang mana satu pilihanmu: Sungai Nibong atau Penang Sentral?
Sama ada anda menaiki bas ekspres ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong atau ke Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral terpulang kepada destinasi anda. Kalau destinasi berada di sebelah pulau, maka Terminal Sungai Nibong mungkin yang paling sesuai. Namun, kalau destinasi berada di lokasi
Tapak Warisan Dunia George Town, Terminal Penang Sentral juga sesuai sebabnya agak mudah menaiki feri ke George Town dari situ, dan sebaliknya lebuhraya dari Sungai Nibong ke George Town kerap sesak. Kalau destinasi anda berada di Seberang Perai, maka tak syak lagi, Terminal Penang Sentral paling sesuai buat pilihan anda.
Membeli tiket bas ekspres
Tiket bas ekspres sehala ataupun ulangalik boleh dibeli terus dari terminal bas ekspres Sungai Nibong dan Penang Sentral. Anda juga boleh membelinya secara online menerusi beberapa laman seperti
Bus Online Ticket.
Bacaan Lanjut

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.