Menaiki Keretapi ke Pulau Pinang (1 May, 2015)
English
Terdapat beberapa stesen keretapi di Negeri Pulau Pinang. Dari utara ke selatan, stesen-stesen ini termasuklah
Stesen Keretapi Tasek Gelugor,
Stesen Keretapi Butterworth,
Stesen Keretapi Bukit Tengah,
Stesen Keretapi Bukit Mertajam,
Stesen Keretapi Simpang Ampat dan
Stesen Keretapi Nibong Tebal. Bagi mereka yang menyambung perjalanan ke Pulau Pinang,
Stesen Keretapi Butterworth (GPS: 5.3927, 100.36774)

merupakan terminal yang paling mustahak.
Keretapi Tanah Melayu (KTM) menyediakan perkhidmatan
ETS yang menghubungi Stesen Keretapi Butterworth dengan rangkaian Laluan Pantai Barat dari Padang Besar di utara sampai ke Gemas di selatan. Perkhidmatan ETS mengganti perkhidmatan Antarabandar atau Intercity yang masih dijalankan antara JB Sentral/Woodlands dengan Tumpat. Keretapi ETS dapat bergerak dengan kelajuan 160 km sejam dan dianggap keretapi berkelajuan tinggi.
Rangkaian Stesen Keretapi ETS
Bermula 1 Februari, 2017, khidmat ETS antara Butterworth dan
Gemas berhenti di Stesen Keretapi Butterworth. Selain daripada itu, terdapat juga tren dari
Stesen Keretapi Hualamphong di Bangkok. Untuk jadual waktu dan maklumat lanjut, sila rujuk ke laman KTM Berhad
Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang.
Dari Stesen Keretapi Butterwoth, anda dapat menaiki bas tempatan Rapid Penang, bus ekspres, teksi ataupun feri. Rangkaian jejantas menghubungi Stesen Keretapi Butterworth kepada Pengkalan Sultan Abdul Halim. Buat sementara waktu, gunakan Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral untuk menaiki bas tempatan dan bas ekspres, sehingga masa terminal kekal siap dibina.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.