Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang (14 November, 2012)
English
Pengkalan Weld (Bahasa Inggeris: Weld Quay;
Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Sin3 Hai1kni3 Kay1 新海墘街

,
maksud: "Lebuh Persisiran Baru"/Cun3thau2 船頭

,
maksud: "Pelabuhan"; Bahasa Tamil: Kitange Tehru கிடங்கு தெரு

,
maksud: "Lebuh Gudang") ialah jalan persisiran pantai di bandaraya
George Town. Ia dibina pada permulaan abad ke-20, setelah kerja penambakan tanah yang dilaksanakan antara 1883 dan 1889 selesai membentuk kawasan baru untuk pelabuhan yang lebih dalam. Kerja penambakan menelan belanja $526,107 dan merupakan satu-satunya projek besar pada masa itu.
Lokasi tempat-tempat di sepanjang Pengkalan Weld dalam peta
Hotel-hotel sepanjang Pengkalan Weld
Tempat menarik sepanjang Pengkalan Weld
Bangunan Bersejarah sepanjang Pengkalan Weld
- Bangunan Behr (historical building) (GPS: 5.4162, 100.34369)

- Bangunan Boustead (historical building, now The Royale Bintang Hotel) (GPS: 5.41699, 100.34405)

- Bangunan Paterson Simons (GPS: 5.41545, 100.343)

- Bangunan Schmidt Küstermann (historical building) (GPS: 5.41644, 100.34381)

- Bangunan Tuanku Syed Putra (historical building) (GPS: 5.41746, 100.34413)

- Jeti-Jeti Sukukaum (GPS: 5.41239, 100.33976)

- Pengkalan Lebuh Gereja (GPS: 5.41545, 100.34386)

- Wisma Kastam/Bangunan Keretapi Tanah Melayu (GPS: 5.41565, 100.34245)

- Wisma Yeap Chor Ee (historical building) (GPS: 5.41513, 100.3424)

Tokong sepanjang Pengkalan Weld
Hentian Pengangkutan sepanjang Pengkalan Weld
Tempat makan sepanjang Pengkalan Weld
Stesen minyak sepanjang Pengkalan Weld
- Shell Pengkalan Weld (GPS: 5.41318, 100.34036)
Bangunan komersil sepanjang Pengkalan Weld
Bisnes sepanjang Pengkalan Weld
Bangunan dalam pembinaan sepanjang Pengkalan Weld
Berkenaan Pengkalan Weld
Pengkalan Weld diberi nama sempena Sir Frederick Weld,
Gabenor Negeri-Negeri Selat antara 1880 hingga 1887 yang bertanggungjawab menambak tanah dan memperbesar pelabuhan George Town.
Pengkalan Weld dibentuk setelah selesai penambakan tanah yang mengwujudkan kawasan tambahan kepada bandar George Town untuk mengisi kehendak pada masa itu untuk membentuk
kawasan niaga untuk komuniti Cina, dan kawasan untuk pemborong dan gudang komuniti Cina. Kawasan baru yang diwujudkan bukan sahaja membolehkan lebih ramai orang datang untuk tinggal di George Town, ia juga membekalkan punca mata pencarian yang baru kepada para buruh dan pekerja pelabuhan yang mengwujudkan
Jeti Sukukaum.
Bangunan-bangunan sepanjang Pengkalan Weld (14 November, 2012)

Kalau anda berjalan sepangjang Pengkalan Weld dari Swettenham Pier, anda akan lalu sebaris bangunan yang dibina pada suatu ketika dalam sejarah George Town apabila bandaraya tersebut pesat membangun. Terletak di antara
Lebuh Downing dengan
Gat Lebuh China ialah bangunan-bangunan perdagangan yang pada asalnya milik Orang Eropah. Kebanyakan daripada bangunan ini masih lagi ada.
Selepas Gat Lebuh Cina, wajah Pengkalan Weld berubah kepada yang mencerminkan ciri-ciri komuniti Cina dari kelas bawahan. Beberapa plot di sini telah dibangunkan semula dan sekarang terdiri daripada bangunan pelbagai tingkat yang dibina sebelum George Town diberi gelaran Tapak Warisan Dunia yang telah menghadkan ketinggian bangunan dalam pusat lama bandaraya.
Terletak di sana-sini, antara bangunan yang baru, ialah gudang yang dibina sejurus selepas penambakan selesai. Pada zaman dahulu, kargo yang tiba di George Town akan disimpan dalam gudang tersebut. Dari perkataan gudang terhasil perkataan Bahasa Inggeris "godown" untuk gudang-gudang ini.
Jalan-jalan kecil yang bercabang dari Pengkalan Weld menampung pelbagai jenis urusniaga seperti pembaiki injin bot, pembuat sauh, dan sebagainya. Terdapat juga agak banyak bengkel kereta di sini. Bahagian Pengkalan Weld antara
Pengkalan Raja Tun Uda dengan
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu agak sempit kerana sebahagiannya penuh dengan gerai penjaja.
The southern end of Pengkalan Weld, and the start of the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway (29 November, 2012)
Nombor alamat sepanjang Pengkalan Weld
Bangunan-bangunan sepanjang Pengkalan Weld pada asalnya diberi nombor dari utara ke selatan. Pada asalnya, banya bahagian barat jalan itu mempunyai bangunan, memandangkan bahagian timur ialah laut, di mana terletaknya pengkalan dan pelabuhan. Oleh itu, bangunan-bangunan dinomborkan mengikut giliran. Lambat laun, apabila bahagian timur Pengkalan Weld juga didirikan bangunan, bangunan ini diberi huruf A yang sepadan dengan alamat bangunan di seberang jalan.
Bagaimana pergi ke Pengkalan Weld
Anda boleh menaiki
Bas Percuma CAT ke Pengkalan Weld and turn di Stesen Bas No. 1. Hentian Bas Pengkalan Weld juga merupakan terminal bas yang utama di Pulau Pinang. Hampir kesemua laluan bas Pulau Pinang akan berhenti di sana.
Aerial view of Pengkalan Weld (6 February, 2013)
Rujukan
- Khoo Salma Nasution, The Chulia in Pulau Pinang (Areca Books, 2014, p.14)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.