Rainbow Skywalk di The TOP, Komtar (20 Januari, 2017)
English
Rainbow Skywalk (GPS: 5.41454, 100.3297) ialah laluan kaca di
The TOP di
Komtar. Ia terletak di tingkat 68
Menara Komtar. Laluan ini ialah laluan terbuka yang paling tinggi di Malaysia. Ia memberikan pandangan meluas sekitar George Town, termasuk kawasan Pulau Tikus, Persiaran Gurney sampai ke Tanjung Tokong. Seluruh George Town boleh dilihat dari sini, termasuk Air Itam dan Bukit Bendera, dan sebahagian besar kawasan selatan Pulau Pinang dan juga Seberang Perai.
Untuk sampai ke Rainbow Skywalk, anda perlu melalui
Observatory Deck luar pada tingkat 68, di mana terletaknya juga Bar & Bistro Coco Cabana, Pot of Gold, Lucky Horseshow Chair dan Upside Down Musical Orchestra.
Timothy Tye di Rainbow Skywalk (20 Januari, 2017)
Goh Chooi Yoke di Rainbow Skywalk (20 Januari, 2017)
Saya dan isteri di Rainbow Skywalk (20 Januari, 2017)
Saya dan isteri di Rainbow Skywalk (20 Januari, 2017)
Isteri saya menangkap gambar dari lantai kaca Rainbow Skywalk (20 Januari, 2017)
Pandangan dunia di bawah kakiku, dilihat dari lantai kaca Rainbow Skywalk (20 Januari, 2017)
Pandangan Rainbow Skywalk (14 May, 2016)
Lawatan kami ke Rainbow Skywalk
Saya dan isteri saya melawat Rainbow Skywalk atas jemputan Dato' Seri Richard Koh, CEO untuk Only World Group Holdings Sdn Bhd (OWG) yang memiliki The TOP. Dia telah membawa kami melawat tempat-tempat menarik di sini.
Saya dan isteri dengan Rainbow Skywalk di belakang kami. (20 Januari, 2017)
Melawat Rainbow Skywalk pada waktu malam
Rainbow Skywalk sangat indah pada waktu malam, apabila lampu-lampu menyala.
Rainbow Skywalk pada waktu malam (8 Mac, 2017)
Satu foto dengan flash pada masa matahari terbenam. (8 Mac, 2017)
Saya dan isteri di Rainbow Skywalk pada waktu senja. (8 Mac, 2017)
Kami cuba menangkap gambar tanpa flash, tetapi terlalu gelap. (8 Mac, 2017)
Tapi dengan flash sukar menunjukkan kecantikan tempat itu. (8 Mac, 2017)
Cepat malam menjelang. (8 Mac, 2017)
Melawat Rainbow Skywalk
Rainbow Skywalk adalah satu-satunya tarikan
The TOP Pakej B. Harga tiket ialah RM118 untuk Orang Dewasa (melebihi 130sm) and RM88 untuk Kanak-Kanak (90-130sm). Orang Dewasa yang membawa MyKad (melebihi 130sm) bayar hanya lapan-puluh-lapan ringgit manakala Kanak-kanak dengan MyKid (90-130sm) bayar hanya lima-puluh-lapan ringgit.
Tiket boleh dibeli dari sini:
https://thetop.com.my/buy-tickets/
[an error occurred while processing this directive]
10 Tarikan Pelancongan Utama Pulau Pinang
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.