Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (13 Julai, 2016)
English
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (GPS: 3.07826, 101.52157) ialah masjid utama di
Shah Alam, Selangor. Ia adalah masjid yang terbesar di Malaysia, dan yang kedua besar di Asia Tenggara, selepas Masjid Istiqlal di
Jakarta.
Pembinaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula pada tahun 1982, dan ia dibuka pada 11hb Mac, 1988. Masjid ini mempunyai sebuah kubah berbentuk cawan. Ia adalah kubah untuk bangunan keagamaan yang paling besar di dunia. Kubah tersebut mempunyai diameter 51.2m (167ka). Ketinggian puncak kubah dari tanah adalah 106.7m (350ka). Dewan sembayang masjid ini mempunyai empat menara, pada penjurunya. Setiap menara mempunyai ketinggian 142.3m (460ka), dan merupakan menara masjid yang kedua tertinggi di dunia, selepas menara Masjid Hassan II di Casablanca, yang berketinggian 210m (689ka). Oleh sebab warna biru pada kubahnya, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sering digelar Masjid Biru.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (13 Julai, 2016)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (13 Julai, 2016)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Google Maps Street View
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Apr 2013)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah
dalam peta Shah Alam
[an error occurred while processing this directive]
10 Tarikan Pelancongan Utama di Selangor
Merancang untuk melawat Selangor? Biar saya syorkan 10 tempat menarik untuk pilihan anda.
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.