Teroka Bersama Timothy Tye
Selat Melaka

Selat MelakaBerjalan di gigi laut Selat Melaka di Pantai Morib, Selangor (7 Julai, 2016)


English

Selat Melaka ialah selat yang mengasingkan Semenanjung Malaysia daripada Sumatra. Ia berukuran 850 km (530 batu) panjang dan merupakan antara selat yang paling panjang di dunia.

Selat Melaka adalah laluan kapal sejak zaman prasejarah. Ia merupakan laluan air yang membolehkan saudagar zaman dahulu tiba dari berlainan tempat di dunia sambil membawa barang-barang untuk diperdagangkan. Pelabuhan entrepôt yang dibangunkan di kedua-dua belah Selat Melaka menjadi tempat penemuan saudagar dari merata-rata termasuk Arab, Parsi dan India di sebelah barat, dan China dan Jepun dari sebelah timur. Kerajaan yang diasaskan di kedua-dua belah selat ini termasuk Kerajaan Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Kapal yang mengharungi selat ini sering diancam lanun sejak berkurun dahulu.

Bahagian persisiran pantai Selat Melaka diliputi paya bakau, dengan setengah tempat terdapatnya pantai berpasir.

Selat MelakaPemandangan Selat Melaka dari Pantai Kuala Sanglang di Perlis. (6 Julai, 2016)


Pantai Malindo, PenangPantai Malindo di Pulau Pinang. (24 Mei, 2015)


Selat MelakaSelat Melaka di Pantai Redang, Selangor. (7 Julai, 2016)


Selat MelakaKapal tangki mengharungi Selat Melaka di Tanjung Piai, Johor. (7 Julai, 2016)

Senarai Selat di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.