Batu Pahat Monument (10 September, 2016)
English
Batu Pahat (GPS: 1.84808, 102.93352), yang juga dikenali dengan nama
Bandar Penggaram, adalah pusat pentadbiran Daerah Batu Pahat di Johor. Bandar Batu Pahat terletak di tenggara
Muar, barat-daya
Kluang, barat-laut
Pontian dan selatan
Segamat. Daerah Batu Pahat mempunyai jumlah penduduk melebihi separuh juta orang dalam kawasan seluas 1,872 km persegi. Bandar ini terletak di tebing timur Sungai Batu Pahat.
Bandar Batu Pahat yang kita kenali hari ini telah diasas pada tahun 1893 oleh Dato Bentara Luar, atas perintah Sultan Abu Bakar. Namun tempat ini telah berpenduduk seawal-awalnya abad ke-15 dan sebelumnya. Ia mendapat namanya dari satu legenda abad ke-15, yang menyatakan yang tentera Siam telah memahat baru di Kampung Minyak Beku untuk menggali telaga. Kemudian, pihak Siam telah diusir oleh tentera Melaka yang diketuai Tun Perak, Bendahara Melaka, semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1446-1459). Anda masih boleh melihat telaga lama yang dipahat oleh tentera Siam di Kampung Minyak Beku hari ini.
Batu Pahat terkenal untuk hasil keluaran laut terutamanya ikan masin. Ia sering digelar Bandar Penggaram, kerana bandar ini tempat industri menggaram.
Daerah Batu Pahat terbahagi kepada beberapa mukim termasuk Lubok, Bagan, Peserai, Simpang Kiri, Simpang Kanan, Linau, Tanjung Semberong,
Sri Gading,
Kampung Minyak Beku, Kampung Bahru, Sungai Punggor, Sungai Kluang, Chaah Bahru dan Sri Medan. Dari mukim ini terdapat sejumlah 524 buah kampung.
Bandar Batu Pahat adalah bandar yang kedua paling berindustri di Johor selepas Johor Bahru. Industri-industri yang terdapat di sini termasuk industri plastik, kain, kayu, pemprosesan makanan, tembikar dan elektronik. Ia juga bandar pengeluar kain yang terbesar di negara. Zon perindustrian Batu Pahat terletak di Tongkang Pecah,
Parit Raja dan Sri Gading.
Lokasi tempat di Batu Pahat
Tempat-tempat menarik di Batu Pahat
Kategori tempat di Batu Pahat
Tempat beribadat di Batu Pahat
Jalan-jalan utama di Batu Pahat
Hospital di Batu Pahat
- Hospital Batu Pahat, Jalan Korma, 83000 Batu Pahat, tel: 07 434 1999
Kemudahan awam di Batu Pahat
- Pos Malaysia tel: 07 432 3431
- Tenaga Nasional tel: 07 432 1088
- Telekom Malaysia tel: 07 435 9292
- Syarikat Air Johor Holding tel: 07 431 7944
View of the town of Batu Pahat, Johor (10 September, 2016)
Pergi ke Batu Pahat
Kalau anda datang dari sebelah utara, susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan pada Exit 241 (Persimpangan Yong Peng). Dari selatan, susur keluar pada Exit 244 (Persimpangan Air Hitam). Guna Jalan Batu Pahat - Kluang (Laluan 50) menghala ke Batu Pahat (teliti papan tanda). Jalan ini berakhir di bulatan pada Jalan Rahmat, satu daripada jalan utama di Batu Pahat.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.