Petua Melawat Mersing (30 Disember, 2006)
English
Mersing (GPS: 2.42862, 103.83178) adalah sebuah bandar di Johor. Ia adalah bandar Johor yang paling besar di pantai timur Semenanjung. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk 21,670 orang. Mersing berada di muara Sungai Mersing berhadapan dengan Laut China Selatan.
Walaupun Mersing tidak mempunyai banyak tarikan pelancong, kebanyakan orang datang ke sini sebab ia tempat menaiki feri ke pulau-pulau persisiran seperti Pulau Tioman (yang dimiliki Pahang), Pulau Aur, Pulau Seribuat, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang, Pulau Besar, dan Pulau Sibu.
Lokasi tempat di Mersing dalam peta
Tempat-tempat menarik di Mersing
Tempat Beribadat di Mersing
Sekiranya anda tidak ingin meninggalkan tanah besar, anda juga boleh menikmati sebuah pantai yang indah yang berdekatan, iaitu
Pantai Penyabong, yang terletak di
Endau, pada sebelah utara
Mersing. Ini adalah tempat untuk melihat rumah-rumah tradisional dan perahu nelayan tradisional.
Untuk menikmati alam semulajadi, Mersing juga berdekatan dengan
Taman Negara Endau-Rompin dan
Hutan Lipur Gunung Arong.
Masjid Jamek Bandar Mersing (30 Disember, 2006)
Pantai Mersing (30 Disember, 2006)
Pergi ke Mersing
Dari arah Johor Bahru atau Singapura, guna Laluan 3 ke Mersing melalui
Kota Tinggi. Dari
Kuala Lumpur, keluar dari
Lebuhraya Utara-Selatan pada Persimpangan Air Hitam (Exit 244) dan kemudian guna Laluan 50 menghala ke timur sampai ke Mersing. Dari
Kelantan,
Terengganu atau
Pahang, guna Laluan 3 menghala ke selatan.
Nombor-nombor Kecemasan
- Police tel: 07 799 3507
- Fire tel: 07 799 4444
- Hospital tel: 07 799 3333
Syarikat Utiliti
- Syarikat Air Johor tel: 07 799 1055
- Tenaga Nasional tel: 07 799 2020
- Telekom Malaysia tel: 07 799 3179
Bank di Mersing
- Agro Bank 74 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 1434
- Bank Islam Malaysia Ground Floor, 30 Jalan Abu Bakar, 86800 Mersing, tel: 07 799 5076
- Bank Kerjasama Rakyat 29 & 30 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 7226
- Bank Simpanan Nasional 72 & 73 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 3221
- CIMB Bank 4 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 1600
- Public Bank 21 & 22 Jalan Sulaiman, 86800 Mersing, tel: 07 799 2695
- Maybank 22-4 Jalan Ismail, 86800 Mersing, tel: 07 799 1236
Pulau-pulau berdekatan Mersing
- Pulau Aur
- Pulau Besar
- Pulau Dayang
- Pulau Ibul
- Pulau Lima
- Pulau Pemanggil
- Pulau Rawa
- Pulau Sembilang
- Pulau Seribuat
- Pulau Sibu
- Pulau Tengah
- Pulau Tinggi
Mersing adalah
dalam Peta Johor

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.