Persiaran Putra, Kuah, Langkawi (19 February, 2017)
English
Persiaran Putra adalah jalanraya utama di
Kuah, Langkawi. Jalan ini menghubungi kebanyakan tempat penting di bandar Kuah. Ia diberi nama sempena Almarhum
Tunku Abdu Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan Langkawi menjadi destinasi pelancongan taraf antarabangsa.
Persiaran Putra bermula dari
Terminal Feri Penumpang Kuah, dan berakhir di persimpangan Jalan Ayer Hangat, dari mana bermulanya Jalan Padang Matsirat. Ia menggunakan kod lalu persekutuan 112.
Senarai lokasi sepanjang Persiaran Putra
Pandangan 360° Persiaran Putra pada Google Maps Street View
Persiaran Putra (Mac 2015)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.