Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)
English
Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu (GPS: 3.14044, 101.69274), yang juga digelar
Ibu Pejabat KTM, adalah sebuah bangunan bersejarah di
Kuala Lumpur. Ia terletak di
Jalan Sultan Hishamuddin, di seberang jalan dari
Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Seperti juga stesen keretapi tersebut, ia telah direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback, arkitek British dari Jabatan Kerja Raja. Bangunan ini direkabentuk pada tahun 1913, dan pembinaan bermula pada tahun 1914. Kerja pembinaan tergendala akibat Perang Dunia Pertama tetapi bangunan ini sempat disiapkan dalam tahun 1917, pada kos $780,422, sejurus selepas perang. Seperti juga bangunan rekabentuk AB Hubback yang lain, Ibu Pejabat KTM mencerminkan senibina Mughal, digabungkan dengan usur-usur Moorish dan Ottoman, termasuk juga usur Gothik dan Yunani dari abad ke-14.
1
Terdapat 97 gerbang berusur senibina Gothic pada tingkat bawah. Oleh sebab bangunan ini dibina pada ketika penghawa dingin belum digunakan, maka ia dibina dengan serambi yang luas, agar memberi keselesaan dalam iklim tropika. Di tingkat satu terdapat 94 tingkat bergerbang dan empat gerbang bulat. Pada tingkat dua pula terdapat 171 gerbang Gothik dan juga gerbang bulat, empat yang besar dan dua belas yang lebih kecil.
Terdapat lima kubah besar diletak pada penjuru-penjuru tertentu. Setiap kubah ini diiringi empat tiang terjalin. Hubbak mendapat ilham dari senibina Yunani Orthodoks dari abad ke-14 untuk merekabentuk kubah-kubah ini.
Bahagian utara Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building telah mengalami kerosakan teruk sebanyak dua kali. Kali pertama adalah semasa Perang Dua Kedua, apabila bangunan ini terkena bom. Kali kedua pula adalah pada tahun 1968, apabila berlaku kebakaran pada tingkat kedua.
Menaiki pengangkutan awam ke Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building
Anda boleh menaiki keretapi KTM Komuter ke
Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dan kemudian berjalan dari situ. Stesen LRT yang terdekat ialah
Stesen LRT Pasar Seni.
Satu daripada kubah Pejabat Keretapi Tanah Melayu (8 Februari, 2006)
Ibu Pejabat KTM, Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)
Ibu Pejabat KTM, dilihat dari Jalan Perdana. (11 Julai, 2016)
Pandangan depan Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)
Satu daripada serambi Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)
Tangga pada Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)
Pandangan penjuru Ibu Pejabat KTM. (11 Julai, 2016)
Papan mengwartakan Ibu Pejabat KTM sebagai warisan kebangsaan. (11 Julai, 2016)
Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu pada Google Street View
Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu adalah
dalam peta Jalan Sultan Hishamuddin
Rujukan
1. Papan interpretasi di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.