Gerbang Petaling Street menghala ke Jalan Tun Tan Cheng Lock di Pekan Cina Kuala Lumpur. (6 July, 2016)
English
Petaling Street ialah sebatang laluan pejalan kaki yang masyhur di bahagian
Pekan Cina Kuala Lumpur. Walaupun ia sebahagian daripada jalan yang bernama
Jalan Petaling, apabila disebut "Petaling Street", nama itu dengan sendirinya merujuk kepada bahagian Jalan Petaling yang telah dijadikan laluan pejalan kaki. Bahagian ini adalah antara simpang
Jalan Tun Tan Cheng Lock dengan simpang
Jalan Sultan.
Nama Petaling Street juga sering digunakan untuk merujuk kepada seluruh kawasan
Chinatown yang disempadani jalan-jalan yang tersebut dan juga
Jalan Hang Kasturi. Sebuah kanopi telah dibina untuk melindungi bahagian ini daripada cuaca, dan gerbang Cina telah dibina di kedua-dua penghujung laluan pejalan kaki ini.
Petaling Street juga dikenali dalam Bahasa Kantonis sebagai Ci4 Cong2 Gaai1 dalam rumi Jyutping. Nama ini bermakna kilang ubi kayu. Dalam tulisan Cina, ia adalah 茨廠街, dan dalam rumi Pinyin pula, Cí Chǎng Jiē. Nama ini merujuk kepada sebuah kilang ubi kayu yang pernah bertapak di sini. Dalam bahasa Melayu pula, namanya merujuk kepada pokok petaling (
Ochanostachys amentacea), yang mengikut buku
Kuala Lumpur Street Names, sekarang sudah pupus.
Petaling Street adalah tempat untuk membeli-belah barangan Cina, dari daging awet kepada herba dan barangan tidak berjenama. Ia sememangnya tempat membeli-belah untuk kelas bawahan.
Tempat-tempat di kawasan Petaling Street
Simpang Petaling Street dengan Jalan Hang Lekir (6 July, 2016)
Laluan berteduh Petaling Street (6 July, 2016)
Tempat makan terbuka di kawasan Petaling Street (6 July, 2016)
Gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan di kawasan Petaling Street (10 September, 2016)
Pandangan Petaling Street pada Google Maps Street View
12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur
Maklumat

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.