Stesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari 2006)
English
Stesen Keretapi Kuala Lumpur (GPS: 3.13969, 101.69364) adalah sebuah stesen keretapi yang penting di Kuala Lumpur. Ia terletak di
Jalan Sultan Hishamuddin dan berperanan sebagai stesen keretapi utama di Semenanjung Malaysia sehingga tersiapnya
Stesen Keretapi KL Sentral. Bangunan ini mempunyai senibina yang sungguh indah, dan merupakan satu daripada mercu tanda Kuala Lumpur.
Keretapi yang melalui Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Hari ini, Stesen Keretapi Kuala Lumpur masih menerima keretapi Intercity pada Laluan Utara-Selatan dari Bangkok ke Woodlands, dan keretapi KTM Komuter untuk Laluan Seremban dan Laluan Port Klang.
Pada Laluan Utara-Selatan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur adalah antara Stesen Keretapi Rawang dengan Stesen Keretapi KL Sentral, manakala pada Laluan Seremban dan Laluan Port Klang, ia adalah antara Stesen Komuter Bank Negara dengan KL Sentral.
Khidmat pengangkutan awam di Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Selain keretapi dan teksi, anda juga boleh menaiki
GoKL City Bus yang percuma dari stesen keretapi ini untuk melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Stesen Keretapi Kuala Lumpur adalah mercu tanda untuk bandaraya Kuala Lumpur sebelum adanya
Menara Berkembar Petronas. Bangunan pada Jalan Sultan Hishamuddin ini telah direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback, arkitek kerajaan yang juga telah merekabentuk
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu di seberang jalan, dan banyak lagi bangunan penting di Malaysia, termasuk
Masjid Jamek Kuala Lumpur,
Dewan Bandaraya yang lama,
Bangunan Mahkamah yang lama,
Pejabat Keretapi Selangor (sekarang ini digunakan sebagai Muzium Tekstil),
Stesen Keretapi Ipoh, dan
Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur menerika khidmat KTM Komuter untuk
Laluan Port Klang dan
Laluan Seremban.
Senibina bangunan ini sering dikatakan sebagai senibina Moorish. Yang sebenarnya, Arthur Benison Hubback telah merekabentuk bangunan ini mengikut senibina Mughal. Beliau telah mempelajari
senibina Mughal di India, dan daripada itu, senibinanya termasuk ciri-ciri seperti
chatri yang tidak terdapat dalam senibina
Moorish dari Sepanyol. Senibina untuk bangunan ini dipanggil
Indo-Saracenic.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur siap dibina pada tahun 1911 apabila ia mula digunakan sebagai hub untuk rangkaian Keretapi Tanah Melayu. Ia diubahsuai pada tahun 1986 dengan kemudahan baru, termasuk penghawa dingin di bilik menunggu, penambahan kaunter informasi pelancong dan gerai makan.
Hari ini, keretapi tidak lagi berhenti di sini, kecuali perkhidmatan KTM Kommuter. Sekarang, stesen keretapi yang utama ialah KL Sentral, kurang dari satu kilometer daripadanya.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)
Stesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)
Kubah di atas Stesen Keretapi Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)
Pandangan meneliti satu daripada kubah. (8 Februari, 2006)
Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dilihat dari Jalan Sultan Hishamuddin (8 Februari, 2006)
Pandangan depan Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dari Jalan Sultan Hishamuddin. (11 Julai, 2016)
Laluan di dalam Stesen Keretapi Kuala Lumpur. (11 Julai, 2016)
Gerbang masuk ke platform. (11 Julai, 2016)
Platform di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. (11 Julai, 2016)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.