Jalan Burma di hadapan Restoran Loke Thye Kee pada sebelah malam. (2 November, 2012)
English
Jalan Burma (Inggeris: Burmah Road, Tulisan Cina Tradisional: 車水路, Tulisan Cina Ringkas: 车水路, Pinyin: Chēshuǐ Lù,
Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Chia3 Chooi1 Lor33

), adalah satu daripada jalan utama di
George Town, Penang. Jalanraya yang panjang ini bermula di persimpangan dengan
Jalan Penang dan menghala dalah darah barat laut dari pusat bandar untuk berakhir di persimpangan dengan
Jalan Gottlieb,
Jalan Bagan Jermal dan
Jalan Mount Erskine. Sistem penyuraian trafik George Town telah menjadikan Jalan Burma jalan sehala. Antara Jalan Penang dengan simpang
Jalan Pangkor junction, trafik beralir dari timur ke barat. Dari simpang Jalan Gottlieb ke Jalan Pangkor, trafik beralir dalam arah bertentangan.
Lokasi tempat di Jalan Burma dalam peta
Hotel di Jalan Burma
Tempat di sepanjang Jalan Burma
- Asia Camera Museum (former Kuan Look Bakery) (GPS: 5.41769, 100.3292)

- Chinese Recreation Club (GPS: 5.42509, 100.31858)

- Glass Museum Penang (GPS: 5.41749, 100.32947)

- Long Say Building (GPS: 5.4257, 100.31913)

- Malaysian Hakka Heritage Centre (GPS: 5.41813, 100.3287)

- Malaysian Buddhist Association (GPS: 5.4255, 100.31942)

- New World Park (GPS: 5.41986, 100.3268)

- Penang Chinese Chin Woo Athletic Association (GPS: 5.42502, 100.32002)

- Saw Khaw Lean Heah Kongsi (GPS: 5.4182, 100.32862)

- Soka Gakkai Malaysia (GPS: 5.42755, 100.31634)

Tugu Peringatan di Jalan Burma
Gereja di Jalan Burma
Masjid di Jalan Burma
Kuil dan Tokong di Jalan Burma
Tempat Makan di Jalan Burma
Hospital dan Pusat Perubatan di Jalan Burma
Stesen Minyak di Jalan Burma
- Petron Jalan Burma (GPS: 5.4287, 100.31474)

- Shell Jalan Burma 2 (GPS: 5.42779, 100.31514)

Kemudahan di Jalan Burma
Bank di Jalan Burma
Sekolah dan Kolej di Jalan Burma
Pusat Membeli-belah di Jalan Burma
Hartanah Komersil di Jalan Burma
Klinik di Jalan Burma
Bisnes di Jalan Burma
Konsulat di Jalan Burma
- Indonesian Consulate General (GPS: 5.4328, 100.30448)

Kawasan kejiranan di Jalan Burma
Bangunan Kerajaan di Jalan Burma
- Bangunan LPPKN (GPS: 5.42675, 100.31637)

- Wisma Perkeso (GPS: 5.42885, 100.31371)

Organisasi di Jalan Burma
Hartanah Residensi di Jalan Burma
Jalan Burma dengan Komtar di belakang. (22 May, 2011)
Jalan Burma (12 November 2008)
Papan sejarah Jalan Burma (12 November 2008)
Maklumat terkini berkenaan Jalan Burma
28 September, 2013: MPPP akan membina dua penghad laju pada Jalan Burma untuk menghadkan kelajuan kenderaan.
27 Julai, 2013: Sebahagian besar Jalan Burma diubah aliran trafiknya supada beralir dari barat ke timur.
Asal usul nama Jalan Burma
Jalan Burma diberi nama sempena perkampungan orang Burma yang pada suatu ketika wujud di
Pulau Tikus, di mana terdapatnya
Kuil Buddha Burma Dhammikarama hari ini, Kewujudan masyarakat berbangsa Burma berkekalan dalam nama jalan-jalan di tempat ini. Selain Jalan Burma, terdapat juga jalan yang bernama Burma termasuk Jalan Salween, Solok Moulmein, Jalan Rangoon, Jalan Mandalay dan Jalan Irrawaddi.
Di kalangan orang tempatan, Jalan Burma digelar
Jalan Kreta Ayer di kalangan masyarakat Melayu dan
Chia3 Chooi1 Lor33 dalam
Bahasa Hokkien Pulau Pinang di kalangan masyarakat Cina. Kedua-duanya membawa erti yang sama. Nama ini merujuk kepada aktiviti mengangkut air yang dijalankan pada abad-abad awal kewujudan jalan ini, dan mungkin kelihatan pelik sekarang ini. Sebelum air paip menjadi kenyataan, penduduk bandar di George Town bergantung kepada kereta lembu untuk mengangkat air bagi kegunaan harian. Kereta-kereta air ini akan menggunakan Jalan Burma sebagai laluan menuju ke bandar, dan Jalan Burma mempunyai fungsi yang sama dengan
Kreta Ayer Road di
Singapura.
Jalan Burma pada Google Maps Street View
Sejarah Jalan Burma
Seperti juga kebanyakan jalanraya di Pulau Pinang, Jalan Burma pada asalnya jalan desa. Walaupun hari ini Jalan Burma sebatang jalan bandar dari hujung ke hujung, pada awalnya ia sebatang jalan kampung yang melalui kawasan-kawasan kampung menghala ke kawasan pendalaman. Lebih separuh abad permulaannya Jalan Burma mempunyai rumah kampung di kedua-dua belahnya. Pokok-pokok besar yang memberi teduh di sepanjang Jalan Burma belum ditanam sehingga suku ketiga abad ke-19. Penanaman pokok ini bukan sahaja menberi teduh, ia juga mengubah wajah Jalan Burma, dari jalan desa kepada jalan bandar.
Jalan Burma sering dieja dalam bahasa Inggeris dengan penghujung "h". Ini hasil transliterasi British untuk nama-nama asking sebelum adanya sebarang bentuk piawaian. Di penghujung Jalan Burma pada sebelah bandar dahulunya terdapat sebuah titi papan merentasi
Terusan Prangin. Terusan ini masih ada pada hari ini, walaupun tidak jenis kelihatan sehingga ia muncul di
Sia Boey. Terusan ini dahulunya berterusan hingga ke
Jalan Transfer, di mana ia bercantum dengan sebatang parit yang menghala ke North Beach, di mana terletaknya
Jalan Sultan Ahmad Shah hari ini, secara langsung menjadikan George Town sebuah pulau. Walaupun titi papan itu tiada lagi, namanya masih kekal pada nama
Masjid Titi Papan yang terletak berdekatan dengannya.
Restoran Loke Thye Kee yang satu ketika dahulu nampak usang, sekarang telah dibaikpulih, dan masih berada di persimpangan Jalan Burma dengan Jalan Penang.
Jalan Burma pada waktu petang. (9 December 2008)

Dalam perjalanan di sepanjang Jalan Burma, kita akan melalui banyak tempat satu demi satu.
Tokong Kuan Yin See, satu-satunya tokong terbesar untuk Perayaan Dewa Maharaja Sembilan berada di bahagian Jalan Burma yang agak sibuk. Di persimpangan dengan
Jalan Anson terdirinya Penang Plaza, satu daripada pusat membeli-belah yang terawal di Pulau Pinang, dan pada sebelah jalan bertentangan pula ialah with
Gereja Wesley Methodist. Tidak berapa jauh terdapat dua lagi gereja iaitu
Gereja Seventh Day Adventist dan
Gospel Hall. Di simpang Jalan Burma dengan
Jalan Pangkor ialah
Kelab Rekreasi Cina pada Padang Victoria, dengan
Tugu Ratu Victoria di satu daripada penjurunya.
Selepas persimpangan Jalan Pangkor, kita masuk kawasan yang dahulunya suatu penempatan orang Burma dan Siam. Di sini terdapat beberapa kuil Buddha yang terletak tidak jauh dari jalanraya, antaranya
Wat Buppharam di Jalan Perak, dan
Wat Chaiyamangkalaram dan Kuil Dhammikarama di Lorong Burma.
Sebaris rumah bandar bentuk Straits Eclectic di sepanjang Jalan Burma (30 November, 2008)

Persimpangan antara persimpangan Jalan Burma dan Jalan Cantonment menandakan pusat pekan Pulau Tikus. Pekan ini berasal dari perkampungan orang Serana yang menetap di kawasan Jalan Burma antara Jalan Cantonment dengan Jalan Gottlieb, dan pada asalnya digelar Kampung Serani. Hari ini, kebanyakan orang Serani telah berpindah keluar, tetapi pengaruh mereka jelas kelihatan pada
Gereja Katolik Immaculate Conception dan juga nama jalan seperti Lorong Leandro's.
Papan tanda Jalan Burma (12 November 2008)
Pergi ke Jalan Burma
Naik bas
Rapid Penang bernombor
10,
11,
101,
103,
104,
201,
202,
203,
204,
206 dan
304 yang melalui Jalan Burma.
Papan tanda Jalan Burma yang lama. (30 November, 2008)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.