Jalan Gurdwara (3 Februari, 2013)
English
Jalan Gurdwara adalah sebatang jalanraya di
George Town,
Pulau Pinang. Ia pada asalnya digelar Brick Kiln Road.
Jalan Gurdwara dibina pada kawasan yang menampung industri kecil dan perumahan kelas pekerja pada masa George Town berkembang melepasi
Terusan Prangin. Dahulunya, Jalan Gurdwara hanya sebatang jalan yang menghala ke kawasan desa di sebelah selatan
Jalan Penang, di suatu penjuru kepada
Jalan Datuk Keramat. Ia diberi nama Brick Kiln Road, yang bermakna "jalan gok batu-bata" kerana dahulunya, iaitu pada separuh kedua abad ke-19, terdapat gok-gok arang untuk membuat batu-bata di jalan.
Hotel di Jalan Gurdwara
Tempat menarik di Jalan Gurdwara
Tempat makan di Jalan Gurdwara
Tempat membeli-belah di Jalan Gurdwara
Tempat beribadat di Jalan Gurdwara
Bangunan Komersil di Jalan Gurdwara
Sekolah di Jalan Gurdwara
Bangunan Kerajaan di Jalan Gurdwara
Urusniaga di Jalan Gurdwara
- 3 in 1 Eddie Fashion Shop (GPS: 5.4136, 100.32858)
- Autobinee (GPS: 5.41114, 100.32823)
- Chin Soon Tyre & Battery (GPS: 5.41262, 100.32846)
- Ester Hair Design (GPS: 5.41241, 100.32844)
- Gala Tailor (GPS: 5.41353, 100.32857)
- Great Wall Unisex Salon
- JJ Hair Saloon (GPS: 5.41135, 100.32824)
- Kedai Motor Liong (GPS: 5.41236, 100.32841)
- King's Tailor (GPS: 5.41336, 100.32855)
- Peace Unisex Hair Saloon (GPS: 5.41253, 100.32845)
- Percetakan Al Falah (GPS: 5.4133, 100.32855)
- Pulau Pinang Driving Institution
- Sinseng Shoes (GPS: 5.41345, 100.32857)
- Star Tailor (GPS: 5.41322, 100.32854)
- Wonderlite Mini Market (GPS: 5.4133, 100.32855)
Jalan Gurdwara, dilihat dari Hotel Neo+ Penang (27 Mei, 2017)

Jalan Gurdwara menyempadani kawasan sembilan (mula-mulanya tujuh) jalan yang selari dengan
Terusan Prangin. Kawasan ini digelar Koay1 Kang3nga1 Thau3 Tiau3 Lor33 (jalan pertama selepas sungai) yang menjadi
Jalan Magazine, diikuti dengan jalan kedua, ketiga, dan seterusnya sehingga
Lebuh Sandilands yang merupakan jalan kesembilan dan terakhir dalam kawasan itu.
Masyarakat Sikh telah mengasaskan suatu penempatan di sini sejak 1880s. Mereka dibawa ke mari oleh Kapten Speedy, yang menggaji mereka sebagai anggota polis untuk mengawal kawasan perlombongan di Larut yang sering berlaku kekecohan. Dahulunya terdapat berek polis untuk kaum Sikh di jalan ini. Residen Suruhanjaya Pulau Pinang (kemungkinan sekali Charles Walter Sneyd-Kynnersley) telah pada tahun 1897 menyumbangkan sekeping tanah di sini untuk masyarakat Sikh membina tempat ibarat mereka. Oleh sebab ini berlaku pada tahun jubli intan Ratu Victoria, gurdwara itu telah diberi nama
Gurdwara Sikh Jubli Intan ataupun
Gurdwara Sahib Khalsa Dharmak Jatha. Hari ini, Jalan Gurdwara dinamakan sempena gurdwara ini.
Di Jalan Gurdwara terdapat landasan keretapi berputar untuk pengangkutan batu-bata dan bijih timah. Dalam
Bahasa Hokkien Pulau Pinang, jalan ini dikenali sebagai Hong3 Chia3 Lor33 jalan bermaksud "jalan kereta angin", sebab di sini terdapat kincir angin yang digunakan untuk pengilangan beras. Kepada masyarakat Melayu pula, jalan ini dipanggil
Bakar Bata kerana terdapatnya gok di sini.
Jalan Gurdwara. (15 April, 2016)
Jalan Gurdwara. (3 Februari, 2013)
Jalan Gurdwara. (2 Disember, 2008)
Jalan Gurdwara pada sebelah malam (26 Mei, 2017)
Bagaimana pergi ke Jalan Gurdwara
Jalan Gurdwara dilalui oleh bas
Rapid Penang bernombor
302,
303,
307 and
401. anda boleh juga berjalan kaki ke sini dari
Terminal Bas Komtar. Jalan sepanjang
Lebuh Tek Soon sehingga
Jalan Penang, kemudian belok kiri dan jalan sepanjang Jalan Penang hingga
Simpang Enam. Lintasi persimpangan di sini untuk sampai di Jalan Gurdwara.
References
- Jalan Gurdwara entry in Wikipedia, https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_streets_in_George_Town,_Penang

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.