Persiaran Gurney, Penang (19 May, 2012)
English
Persiaran Gurney adalah jalan persisiran pantai yang terkemuka di Pulau Pinang. Ia terletak di
George Town, di kawasan yang dahulunya dikenal sebagai
North Beach. Persiaran Gurney telah menjadi amat mashyur sebagai destinasi makanan Pulau Pinang, dan dikenali di seluruh Malaysia. Jalan ini mengambil nama Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British yang telah diserang hendap dan dibunuh oleh pengganas Parti Komunis Malaya pada 6hb Ojtober 1951 berdekatan
Bukit Fraser di
Pahang.
Lokasi di sepanjang Persiaran Gurney dalam peta
Hotel di sepanjang Persiaran Gurney
Pusat Membeli-belah di sepanjang Persiaran Gurney
Pusat Makanan di sepanjang Persiaran Gurney
- Aragosta Cafe and Restaurant (GPS: 5.43234, 100.31724)

- Bali Hai Seafood Market (GPS: 5.43384, 100.31533)

- Cafe Platform 1 (GPS: 5.43225, 100.31734)

- Chili's Grill & Bar (GPS: 5.43757, 100.31025)

- Crepe Cottage (GPS: 5.43332, 100.3159)

- Persiaran Gurney Hawker Centre (GPS: 5.44009, 100.30882)

Ke Ren Lai Restaurant 客人來 (GPS: 5.44009, 100.30882) 
- Kompleks Makanan Persiaran Gurney (GPS: 5.43411, 100.31498)

- Mr Pot Cafe

- Oriental Seafood (GPS: 5.44112, 100.30907)

- Public Cafe (GPS: 5.43244, 100.31706)

- Restoran Goh Teo Kee (GPS: 5.43397, 100.31518)

- Restoran Khaleel (GPS: 5.43272, 100.31668)

- Song River Cafe (GPS: 5.43259, 100.31691)

- Tutti Frutti

- Zealand Bak Kut Teh Restaurant (GPS: 5.43218, 100.31744)

Hartanah residensi di sepanjang Persiaran Gurney
Bangunan Pejabat di sepanjang Persiaran Gurney
Persiaran Gurney, Penang (23 January, 2012)
Pergi ke Persiaran Gurney dengan pengangkutan awam
Bas Rapid Penang 10 dan
304 melalui Persiaran Gurney. Anda juga boleh menaiki bas pelancong
Penang Hop-On Hop-Off untuk ke sama.
Sejarah Persiaran Gurney
Persiaran Gurney menduduki tanah tebus guna yang dahulunya sebahagian daripada
Teluk Ayer Rajah, sebuah teluk yang melengkung antara George Town dengan
Tanjong Tokong.
Hasrat untuk membina jalan persisiran pantai telah dibentangkan seawal 1930. Cadangannya adalah untuk memanjangkan North Beach, sepertimana kawasan sepanjang
Jalan Sultan Ahmad Shah) dikenali.
Fasa pertama Persiaran Gurney yang sepanjang 510 ela telah siap pada 1934. Pada masa itu, ia dikenali hanya sebagai North Beach. Inilah bahagian Persiaran Gurney yang ditanam dengan pokok ru pada tahun 1962, dan masih kelihatan sedemikian hari ini. Pada awalnya, Persiaran Gurney digelar New Coast Road. Ia handi ditukar nama kepada Gurney Drive, atau Persiaran Gurney, pada tahun 1952, apabila cadangan untuk menukar nama Burmah Road kepada Gurney Road tidak dibuat.
Silverton, satu daripada kondominium mewah di Persiaran Gurney (26 September, 2009)

Pada masa awal, hartanah sepanjang Persiaran Gurney merupakan banglo orang kaya-kaya, sepertimana juga, persiaran ini dibaris dengan kondominium mewah. Pada simpang Jalan Pangkor dengan Persiaran Gurney ialah sebuah banglo kepunyaan
Kapitan China Chung Thye Pin, anak kepada
Kapitan China Chung Keng Kwee, yang kini diduduki oleh kondominium
One Persiaran Gurney.
Gurney Plaza, satu-satunya pusat membeli-belah mewah di Pulau Pinang, menduduki bahagian utara Persiaran Gurney.
Walaupun Persiaran Gurney hari ini mempunyai bangunan pencakar langit yang paling moden di Pulau Pinang, ia juga masih mempunyai bangunan dari awal abad ke-20. Contohnya
Loke Mansion, dan di tengah-tengah Gurney Paragon pula bangunan
St Joseph's Novitiate yang telah dibaikpulih.
Pandangan Teluk Ayer Rajah dari Persiaran Gurney (23 January, 2012)
Gurney Paragon pada sebelah malam. (28 January, 2012)
Maklumat terkini mengenai Persiaran Gurney
24 Februari, 2016: The Penang State Government membentangkan inisiatif pembangunan Persiaran Gurney. Dikenali dengan nama
Gurney Wharf, ia akan dikelolakan oleh Eastern & Oriental Berhad.
28 September, 2013: The MPPP mendirikan dua penghad laju sepanjang Persiaran Gurney untuk mengurangkan kelajuan.
26 August, 2013: Eastern & Oriental (E&O) Bhd membentangkan fasa kedua projek tebus tanah Seri Tanjung Pinang. Projek ini akan memberikah wajah kehijauan kepada 1.7 km daripada Persiaran Gurney.
The Star memetik kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng, yang E&O akan menebusguna 53 hektar tanah di Persiaran Gurney bagi kerajaan negeri untuk digunakan sebagai tempat rekreasi dan bukan untuk sebab komersil. Daripada 53 hektar yang ditebusguna, 20.23 hektar dikhaskan sebagai tanah kerajaan, 21 hektar sebagai tanah lapang, 6.87 hektar untuk pembinaan lebuhraya, dan 4.85 hektar untuk kemudahan awam, utiliti dan infrastruktur.
Penebusguna tanah persisiran pantai di Persiaran Gurney akan membolehkan jalanraya ini diperlebarkan dengan ruang untuk meletak kereta. Sebuah pulau buatan manusia juga akan diwujudkan, dan sebuah kawasan persisiran yang baru akan dibuat, dengan nama
Gurney Reach.
27 Julai, 2013: Sebahagian Persiaran Gurney telah dijadikan jalan sehala.
Bacaan Lanjut

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.