Simpang Enam, dilihat dari Komtar (8 Ogos 2006)
English
Simpang Enam (GPS: 5.414109, 100.328659) adalah sebuah persimpangan di hadapan
Komtar, di mana
Jalan Magazine bertemu
Jalan Penang.
Simpang Enam adalah pusat bandaraya dari mana jarak diukur. Penang Travel Tips menggunakannya sebagai
Batu Sifar, iaitu pusat bandaraya untuk mengukur jarak tempat, dan menggalakkan pihak industri perumahan untuk menggunakannya sebagai titik rujukan untuk jarak hartanah dari pusat bandaraya.
Nama Simpang Enam merujuk kepada enam batang jalan yang pada asalnya bercabang dari sini, iaitu
Jalan Penang,
Jalan Gladstone,
Jalan Magazine,
Jalan Gurdwara,
Jalan Datuk Keramat dan
Jalan Macalister. Dalam
Bahasa Hokkien Pulau Pinang, tempat ini dipanggil Gor33 Pha3 Teng1 五葩燈, yang membawa maksud "lima lampu jalan", merujuk kepada tiang lampu dengan lima lampu yang dahulunya dipasang pada sebuah bulatan di sini. Dalam Bahasa Tamil pula, tempat ini dipanggil Arre Muchanti, yang juga bermaksud "enam batang jalan".
Sejarah Simpang Enam
Sehingga ke pertengahan abad ke-20, Simpang Enam adalah sebuah bulatan di mana enam batang jalan di George Town bertemu. Ia berada di sebelah barat laut
Presint Tujuh Jalan.
Hari ini bulatan tersebut telah diganti dengan sebuah persimpangan. Jalan Penang, Jalan Magazine dan Jalan Gurdwara sudah dijadikan jalan sehala.
Jalan Gladstone telah memberi laluan kepada pembangunan Komtar dan sekarang tidak wujud lagi. Malahan nama Simpang Enam tidak berapa diketahui oleh generasi muda.
Simpang Enam, dilihat dari Komtar (16 May 2008)
Sekeping gambar lama dari Muzium Sejarah Pulau Pinang menunjukkan bulatan di Simpang Enam (2 November, 2013)
The History Museum Penang
Simpang Enam, dilihat dari Jalan Penang (29 September, 2012)
Simpang Enam pada Google Street View
(Aug 2015)
Lokasi Simpang Enam dalam peta

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.