Seri Perdana, Putrajaya (6 Jun, 2004)
English
Seri Perdana (GPS: 2.95311, 101.68932) adalah kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di
Putrajaya. Apabila pusat pentadbiran negara dipindahkan ke Putrajaya, Kompleks Seri Perdana menggantikan kediaman rasmi yang terletak di
Kuala Lumpur, yang kini digelar sebagai
Galeria Sri Perdana.
Kompleks Seri Perdana yang bari ini berada di Presint 10 dengan pemandangan
Tasik Putrajaya, Putrajaya Wetlands dan
Taman Botani Putrajaya. Ia mengikut senibina rumah bumbung lima
Melaka dengan bentuk bumbung yang tersendiri. Bangunan ini memaparkan unsur-unsur reka bentuk rumah Melayu termasuk papan fascia berhias, barisan tingkat, gril and lompang.
Kompleks Seri Perdana mengandungi kemudahan menyambut tetamu, bankuet dan kemudahan peribadi. Bahagian menyambut tetamu termasuk kubah, ruang tamu, surau dan dewan makan manakala kemudahan bankuet termasuk dewan bankuet, galeri bankuet dan bilik cenderamata. Selain itu, terdapat kawasan taman yang dibahagikan kepada Laman Tiba, Laman Depan, Laman Sari dan Laman Tengah.
Seri Perdana mempunyai kemudahan untuk kegunaan rasmi dan juga kawasan-kawasan kediaman peribadi perdana menteri.
Kompleks Seri Perdana, Putrajaya (9 Julai, 2016)
Kompleks Seri Perdana, Putrajaya (9 Julai, 2016)
Jalan masuk ke Seri Perdana (9 Julai, 2016)
Jalan masuk ke Seri Perdana (9 Julai, 2016)
The gate of Seri Perdana.
Kompleks Seri Perdana adalah
dalam peta Putrajaya

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.