Promenade at Pantai Morib, Selangor (6 Julai, 2016)
English
Pantai Morib (GPS: 2.74853, 101.44325) ialah sebuah kawasan persisiran pantai yang popular di
Selangor. Ia terletak dekat Simpang Morib, lebih kurang 12 km ke selatan bandar
Banting. Orang tempatan sering berkunjung ke tempat ini untuk berkelah di kawasan yang ditanam dengan pokok ru. Terdapat sebuah taman persisiran pantai dengan tugu peringatan untuk pendaratan tentera British dan Indian pada 9hb September 1945.
Pada dekad-dekad kemudian, Pantai Morib telah dibangunkan sebagai kawasan pantai rekreasi. Sebuah laluan pejalan kaki telah dibina disini agar pelawat dapat menikmati pemandangan tepi pantai. Satu daripada ciri tempat ini ialah skulptur burung laut (namun masa saya melawat, satu daripadanya telah terjatuh).
Laut di Pantai Morib agak cetek. Oleh itu, pelawat dapat berjalan di gigi air untuk jarak yang agak jauh, terutamanya semasa air surut. Ketika saya melawat, saya dapati banyak pengunjung yang berjalan di dalam laut. Nampaknya mereka langsung tidak khuatir yang air akan naik, mungkin sebab mereka agak faham akan keadaan laut di Morib. Hari itu cuaca sangat panas. Oleh itu, penjaja aiskrim mendapat bisnes yang laris.
Di bahagian taman pula, kami nampak sebuah tempat bernama Seashell Square, di mana terdapat papan tanda mengenai siput. Hari kami di Pantai Morib, banyak juga orang yang datang. Saya dapati tandas di sini dijaga dengan baik. Tandasnya dalam dua bangunan beraskingan pada laluan yang dipanggil Persiaran Jugra. Mesti bayar kalau nak guna, tetapi terdapat kemudahan mandi di sini.
Bagaimana pergi ke Pantai Morib
Untuk pergi ke Pantai Morib dari Kuala Lumpur, pandu menghala ke Putrajaya. Contohnya, guna
Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya E20 sampai ke penghujungnya, kemudian teruskan pada Lingkaran Putrajaya E6 menghala ke barat. Ini akan membawa anda ke
Lebuhraya ELITE E6, dan kemudiannya
Lebuhraya SKVE E26. Susur keluar dari SKVE pada Telok Panglima Garang. Teruskan dengan menggunakan jalanraya tempatan hingga sampai di Pantai Morib. Rujuk kepada peta di bawah.
Tempat-tempat di Pantai Morib
Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua II Pantai Morib
GPS: 2.74853, 101.44325
Maklumat
Saya dan isteri saya di Pantai Morib, Selangor (6 Julai, 2016)
Laluan pejalan kaki di Pantai Morib, Selangor (6 Julai, 2016)
Pelawat berjalan kaki di dalam laut di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Skulptur burung laut di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Pelawat India di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Penjaja aiskrim di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Medan Siput di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Tandas di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Pokok ketapang di tepi pokok tiruan di Pantai Morib (6 Julai, 2016)
Peringatan untuk askar tentera British dan India yang mendarat di Pantai Morib pada tahun 1945.
Gold Coast Morib Resort.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.