Teroka Kulai, Johor, bersama Timothy Tye (13 September, 2016)
English
Kulai (GPS: 1.66319, 103.59891) adalah sebuah bandar berdekatan
Johor Bahru. Ia berada di sebelah barat-laut
bandar Senai, dalam kawasan
Daerah Kulai. Kulai ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulai manakala pusat pentadbiran Kulaijaya dirancang untuk bandar Indahpura.
Sebelum adanya
Lebuhraya Utara-Selatan, Kulai adalah hentian untuk pengembara dalam perjalanan antara Johor Bahru dengan
Kuala Lumpur. Kebanyakan penduduk bandar ini adalah dari kaum Cina sukukaum Hakka. Bandar ini tidak mempunyai banyak tempat tarikan pelancong. Terdapat beberapa tokong Cina termasuk Tokong Seribu Malaikat dan Tokong Seven Sisters. Bandar ini juga mempunyai beberapa gereja termasuk Gereja Presbyterian Kulai, Gereja Katolik Christ the King dan Gereja Baptis Kulai.
Bandar Kulai (13 September, 2016)
Pergi ke Kulai
Untuk ke Kulai, susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan pada Exit 252, Persimpangan Kulai.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.