Jalan CY Choy (6 Februari, 2013)
English
Jalan CY Choy adalah satu daripada jalan utama di
George Town. Ia bermula di
Jambatan Anson di mana ia menyeberangi
Terusan Prangin dan berakhir di
Jambatan Sungai Pinang di mana ia bertemu dengan
Jalan Jelutong.
Lokasi di sepanjang Jalan CY Choy dalam peta
Tempat-tempat di sepanjang Jalan CY Choy
Tempat makan di sepanjang Jalan CY Choy
Perniagaan di sepanjang Jalan CY Choy
Jalan CY Choy, at junction with Cecil Street (30 July, 2012)
Mengenai Jalan CY Choy
Sehingga pertengahan abad ke-19, Jalan CY Choy masih dianggap sebagai kawasan "luar bandar", sebab ia terletak di sebelah selatan
Sia Boey, yang dianggap sebagai sempadan bandar George Town. Di tebing Terusan Prangin terdapat sebuah perkampungan Cina yang dipanggil Koay1 Kang3nga4, yang bermaksud "di seberang sungai". Dari tempat ini muncul suatu penempatan Cina kelas pekerja. Sehingga lewat abad ke-19, kebanyakan rumah di sini masih berbumbungkan atap. Jalan CY Choy - yang pada masa itu digelar Bridge Street - menghadap ke laut, dan dilindungi oleh sebaris paya bakau dan pinggiran lumpur.
Laut di hadapan Jalan CY Choy telah ditebusguna antara tahun 1880 dengan 1904, pada masa itulah jalan-jalan seperti
Gat Jalan Prangin dan
Gat Lebuh Cecil dibina. Jalan-jalan di penempatan orang Cina yang bercabang dari Jalan CY Choy berjumlah sembilan jalan kesemuanya, dan dalam
Bahasa Hokkien Pulau Pinang, dinomborkan mengikut kedudukannya dari Terusan Prangin. Oleh yang demikian, jalan yang pertama dipanggil Koay1 Kang3nga4 Thau3 Tiau3 Lor33, yang bermaksud "jalan pertama di seberang". Nama ini lambat laun disingkatkan kepada Thau3 Tiau3 Lor33 ("jalan pertama"). Bagi pihak pentadbir British, jalan ini diberi nama
Magazine Road. Selepas itu ialah jalan kedua, kemudiannya jalan ketiga, dan seterusnya sehingga
Lebuh Sandilands yang merupakan jalan kesembilan dan terakhir.
Pada asalnya, Jalan CY Choy dipanggil Bridge Street. Ia ditukar nama kepada Jalan CY Choy pada awal 1980-an, untuk mengenang jasa datuk bandar George Town yang ketiga dan terakhir. Choy yang dari parti
Barisan Sosialis menjadi datuk bandar setelah memenangi pilihanraya bandaraya pada tahun 1964 untuk Kawasan Undangan Sungei Pinang dengan majoriti yang tinggi. Beliau sering digelar "Datuk Bandar George Town Yang Senyap" kerana mengekalkan profil rendah.
Choy berkhidmat sebagai datuk bandar sehingga tahun 1966, apabila Kerajaan Persekutuan Malaysia membubarkan pilihanraya tempatan untuk bandaraya. Ketidaksefahaman dalam parti Barisan Socialist telah meretakkannya, mewujudkan dua parti berasingan iaitu
Parti Buruh Malaya dan
Parti Sosialis Rakyat Malaya. Choy telah bertanding sebagai calon bebas untuk Kawasan Undangan Pengkalan Kota. Beliau memenangi kerusi pada pilihanraya 1960 dengan mudahnya. Beliau kekal aktif dalam bidang politik sehingga kematiannya pada usia 73 dalam tahun 1980.
Bagaimana pergi ke Jalan CY Choy
Untuk pergi ke Jalan CY Choy dengan bas, naiki bas
Rapid Penang bernombor
302,
303,
307 ataupun
401 yang semuanya melalui Jalan CY Choy.
Jalan CY Choy, George Town (6 Februari, 2013)
Rumah kedai di sepanjang Jalan CY Choy (15 Disember, 2012)
Papan tanda Jalan C.Y. Choy (6 Februari, 2013)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.