Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town (21 December, 2009)
English
Jalan Sultan Ahmad Shah (Inggeris: Northam Road;
Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Ang3mor3 Lor33

), adalah jalanraya utama di pantai utara bandaraya George Town. Ia bermula di depan
St Xavier's Institution, dan berakhir di simpang dengan
Jalan Pangkor, di mana bermulanya
Jalan Kelawei.
Hotel di Jalan Sultan Ahmad Shah
Seni Jalanan di Jalan Sultan Ahmad Shah
Stesen Minyak di Jalan Sultan Ahmad Shah
- Shell Jalan Sultan Ahmad Shah (GPS: 5.42243, 100.33432)
Bank di Jalan Sultan Ahmad Shah
Medan Selera di Jalan Sultan Ahmad Shah
Restoran di Jalan Sultan Ahmad Shah
Kelab Malam di Jalan Sultan Ahmad Shah
Jejantas di Jalan Sultan Ahmad Shah
Sekolah di Jalan Sultan Ahmad Shah
Universiti di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bangunan Tinggi di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bangunan Bersejarah di Jalan Sultan Ahmad Shah
Hartanah Residensi di Jalan Sultan Ahmad Shah
Kondominium di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bangunan Komersil di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bilik Pameran Kereta di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bilik Pameran Pembangun di Jalan Sultan Ahmad Shah
Perniagaan lain di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bangunan Kerajaan di Jalan Sultan Ahmad Shah
Persatuan di Jalan Sultan Ahmad Shah
Tanah Perkuburan di Jalan Sultan Ahmad Shah
Bangunan pencakar langit di Jalan Sultan Ahmad Shah (21 Dec 2009)
Mengenai Jalan Sultan Ahmad Shah
Kawasan yang hari ini digelar Jalan Sultan Ahmad Shah pada sepanjang sejarahnya dikenali sebagai North Beach. Apabila sebatang jalan dibina di sini, ia diberi nama Northam Road, sempena Northam di
Devon, England, yang tiada sebarang kaitan dengan Pulau Pinang kecuali atas sebab ia tempat lahir satu daripada
Gabenor Negeri-Negeri Selat yang awal. Ia telah ditukar nama kepada Jalan Sultan Ahmad Shah sempena lawatan Sultan Ahmad Shah, selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-7 pada tahun 1982.
Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town (22 Dec 2009)

Jalan Sultan Ahmad Shah merupakan tempat pilihan masyarakat kulit putih pada abad ke-19. Atas sebab itu, orang Cina di Pulau Pinang telah memanggil jalan ini Ang3 Mor3 Lor33

, yang bererti "Jalan Orang Putih", terutamanya bahagian sebelah barat daripada
Jalan Transfer. Namun demikian, sejak permulaan abad ke-20, orang kulit putih mula berpindah dari jalan ini untuk menetap di kawasan yang dianggap lebih hijau, meninggalkan Jalan Sultan Ahmad Shah dan
Lebuh Light untuk menetap di kawasan
Ayer Rajah dan mendirikan rumah di tempat antara
Jalan Utama dan
Jalan Tunku Abdul Rahman.
Hartanah Orang Eropah di Lebuh Light dan Jalan Sultan Ahmad Shah yang ditinggalkan mereka telah dibeli oleh towkay Cina yang kemudian mendirikan banglo mewah untuk mempamerkan kekayaan yang baharu dikecapi, lengkap dengan nama rumah yang berunsur Eropah. Pada masa itu, hartanah sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah adalah yang paling diidami mereka yang kaya-raya.
Hari ini beberapa banglo dari masa lampau masih berdiri di Jalan Sultan Ahmad Shah, walaupun pemilik asal sudah lama meninggal dan zaman kegemilangan banglo ini pun sudah lama berlalu. Banglo-banglo ini sering dipaksa berubah wajah untuk menampung kehendak masa kini. Ada yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan pencakar langit, tetapi yang terselamat diberi nafas baru dalam pelbagai bentuk komersil.
Pergi ke Jalan Sultan Ahmad Shah
Anda boleh menaiki bas
Rapid Penang bernombor
103 dan
104 untuk ke Jalan Sultan Ahmad Shah.
Pemandangan di Jalan Sultan Ahmad Shah. (23 February, 2009)
Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang (2 July, 2014)
Papan sejarah Jalan Sultan Ahmad Shah (3 September 2008)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.