Jalan Transfer di George Town, Pulau Pinang. (19 Jun, 2017)
English
Jalan Transfer adalah antara jalanraya utama di
George Town,
Pulau Pinang. Ia merentang dari
Jalan Burma ke
Jalan Sultan Ahmad Shah, dan bercabang kepada beberapa anak jalan. Antara anak jalan yang bercadang dari Jalan Transfer termasuk
Jalan Phee Choon,
Jalan Kedah,
Lebuh Dickens,
Lorong Popus,
Lorong Dinding,
Jalan Hatin,
Jalan Ariffin,
Jalan A.S. Mansoor,
Jalan Argyll dan
Jalan Sri Bahari.
Tempat penginapan sepanjang Jalan Transfer
Seni jalanan di Jalan Transfer
Tempat-tempat sepanjang Jalan Transfer
Tempat makanan sepanjang Jalan Transfer
Pusat perubatan sepanjang Jalan Transfer
Perniagaan di Jalan Transfer
Stesen Minyak di Jalan Transfer
Bangunan di sepanjang Jalan Transfer
Jalan Transfer, as seen from Burmah Road (30 November 2008)
Berkenaan Jalan Transfer
Jalan Transfer dibina pada suku ketiga abad ke-19. Ia menyusuri sebatang
terusan, yang hari ini tidak lagi jelas kelihatan.
Jalan Transfer diberi nama sempena pemindahan ("transfer" dalam Bahasa Inggeris) pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari
Madras ke
Singapura pada tahun 1867, dengan lebih autonomi kepada pentadbiran tempatan.
Pada tahun 1950an dan 60an, Jalan Transfer telah menjadi tempat penginapan untuk pelawat ke Pulau Pinang. Pada masa itu, beberapa hotel dibuka di sini, antaranya Hotel Embassy dan Hotel Hong Aun. Walaupun bangunannya masih ada, hotel-hotel tersebut tidak lagi beroperasi dan ada juga yang telah diambilalih dan diubahsuai.
Kedudukan Jalan Transfer di sempadan
Tapak Warisan Dunia George Town hari ini menjadikannya lokasi sesuai untuk menginap. Oleh sebab itu, beberapa hotel saiz kecil dan sederhana telah dibuka di sini sejak beberapa tahun yang lepas.
Papan tanda Jalan Transfer (30 November 2008)
Papan tanda lama Jalan Transfer (30 November 2008)
Persimpangan Jalan Transfer dengan Jalan Sultan Ahmad Shah (19 Mac, 2010)
Jalan Transfer, Pulau Pinang (19 Mac, 2010)
Jalan Transfer, Pulau Pinang (19 Mac, 2010)
Papan sejarah Jalan Transfer (30 November 2008)
Menaiki pengangkutan awam ke Jalan Transfer
Jalan Transfer dilalui oleh bas
Rapid Penang bernombor
10,
11,
101,
103,
104,
201,
202,
203,
204,
206,
502 dan
CAT.

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.