Balik Pulau, Pulau Pinang (Edisi Melayu)
Balik Pulau, Pulau Pinang (24hb Mei 2015)

Balik Pulau (GPS: 5.35067, 100.23478), (Penang Hokkien: Pu3lor2) ialah daerah dan bandar utama di sebelah barat-daya Pulau Pinang. Nama Balik Pulau adalah singkatan untuk "di sebalik pulau". Kawasan ini mula-mula diasas oleh seorang bernama Lebai Tampai yang datang dari Deli di sebelah utara Sumatra.1 Hari ini, Balik Pulau mempunyai kawasan sawah padi yang tunggal di Penang Island, walaupun kemungkinan untuk jangkamasa pendek sahaja lagi.
Balik Pulau lazimnya destinasi pelawat tempatan kerana ia adalah tempat untuk membeli buah-buahan. Orang Penang gemar datang ke sini untuk menikmati durian. Ada yang mengatakan bahawa durian dari Balik Pulau adalah yang paling enak di Malaysia.
Selain daripada durian, Balik Pulau juga terkenal dengan buah pala, dan baru-baru ini, terdapat beberapa tarikan terkini yang telah muncul di daerah ini. Antara tarikan Balik Pulau termasuk Countryside Stables, Saanen Goat Farm and Pantai Malindo.
Tempat Penginapan di Balik Pulau
- Malihom Private Estate Hotel (GPS: 5.31928, 100.22691)

Tempat-tempat menarik di Balik Pulau
- Audi Dream Farm (GPS: 5.38527, 100.20998)

- Botanica Mansion (GPS: 5.36864, 100.22418)

- Church of the Holy Name of Jesus (GPS: 5.35311, 100.23691)

- Countryside Stables Penang (GPS: 5.3395, 100.19797)

- Dataran Tok Sudin (GPS: 5.35421, 100.20956)

- Green Acres (GPS: 5.37473, 100.25139)

- Happy Goat Farm (GPS: 5.37694, 100.19941)

- Kuala Sungai Burong (GPS: 5.33908, 100.19633)

- Pantai Malindo (GPS: 5.33779, 100.19443)

- Saanen Dairy Goat Farm (GPS: 5.40546, 100.20778)

Kemudahan di Balik Pulau
Kampung-kampung di Balik Pulau
Tempat-tempat lain di Balik Pulau
Seni Jalanan di Balik Pulau
Tempat Makan di Balik Pulau
Masjid di Balik Pulau
Sekolah di Balik Pulau
Tokong Cina di Balik Pulau
Pembangunan Perumahan di Balik Pulau
Kemudahan Perubatan di Balik Pulau
Bank di Balik Pulau
Kedai pinggan mangkuk di Balik Pulau (2 February, 2013)
Perniagaan di Balik Pulau
Balik Pulau pada Google Street View
Paddy fields of Balik Pulau (15 January, 2005)
The new Balik Pulau Mosque (9 Mei, 2004)

Baru-baru ini, Balik Pulau telah mengais nama sebagai destinasi makanan tempatan. Yang paling popular termasuk Laksa Balik Pulau dan Pasembur di Pasar Awam Balik Pulau, Laksa Janggus di Kampung Perlis dan Mee Hokkien di Kampung Kuala Jalan Bahru.
Di bukit-bukau sekeliling Pekan Balik Pulau (yang juga dikenali dengan nama
Kongsi) terdapat ladang buah pala dan bunga cengkih, selain ladang durian dan dusun buah-buahan. Bunga cengkih dan buah pala diperkenalkan ke Balik Pulau oleh Syarikat Hindia Timur pada tahun 1794, setelah pihak British mengasas penempatan di Pulau Pinang.
Pemandangan panoramik kawasan Balik Pulau area dari Jalan Tun Sardon (9 Mei, 2004)

Pada asalnya sebuah desa yang sunyi-sepi, Balik Pulau telah mengalami pembangunan pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan perkembangan bandaraya Pulau Pinang merangkumi seluruh pulau. Jalanraya yang menghubungkan Balik Pulau ke bahagian pinggir timur Pulau Pinang juga telah dinaiktaraf dengan terbinanya beberapa jambatan yang memudahkan perhubungan.
Melawat ke Balik Pulau
Untuk melawat ke Balik Pulau, guna
Jalan Tun Sardon dari
Paya Terubong, ataupun Laluan Persekutuan 6 (yang mengelilingi pulau) dari
Sungai Pinang di sebelah utara atau
Teluk Kumbar di sebelah selatan. Jejambat di simpang
Permatang Damar Laut menghala ke
Bayan Lepas juga membolehkan perjalanan licin antara Balik Pulau dengan pusat bandaraya.
Pengangkutan awam ke Balik Pulau ialah bas
Rapid Penang 401 dan
401E
Rural scenery of Balik Pulau (17 November, 2002)
Timothy Tye in Balik Pulau (4 Mei, 2015)
References
Butir Laman
Laman ini karya 8 November 2026. Hai, nama saya Timothy. Halaman ini ditulis oleh saya hasil kajian saya, untuk hiburan diri sendiri dan juga untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Saya memberikan maklumat ini kepada anda dengan niak baik dan saya berharap anda mendapat faedah daripadanya. Saya cuba mendapatkan butiran setepat mungkin. Saya juga berusaha mengemas kini halaman ini setiap kali saya temui butiran baharu. Jadi, halaman ini dan semua halaman saya yang lain adalah kerja yang tidak mempunyai titik tamat. Jika anda menemui sebarang ralat, sila maklumkan saya dengan sopan. Tunjukkan kepada saya di mana terdapatnya ralat, dan saya akan berusaha membetulkannya secepat mungkin. Bantuan anda amat dihargai sebab ia memastikan halaman ini kekal tepat, relevan dan dapat membantu mereka yang memerlukan maklumat.
If you enjoy the information I provide and want to support the work I do, please buy me a coffee! I appreciate it immensely, thank you so much!
