Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang (4 Jun 2011)
English
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu adalah lebuhraya yang melalui bahagian persisiran pantai timur Pulau Pinang. Lebuhraya sepanjang 17.84 kilometer ini juga dikenali sebagai Laluan Persekutuan 3113. Ia bermula di persimpangan
Gat Jalan Prangin, bertentangan
Pengkalan Weld, dan berakhir di
Batu Maung, di persimpangan Jalan Batu Maung dengan Jalan Permatang Damar Laut. Lebuhraya ini merangkumi seluruh bahagian yang dahulunya dikenali sebagai
Lebuhraya Persisiran Jelutong dan
Lebuhraya Bayan Lepas.
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan penukaran nama lebuhraya ini pada 26 November, 2010, sebagai penghormatan kepada mendiang
Tun Dr Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang kedua, yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 24hb November, 2010. Penamaan lebuhraya ini amat bermakna kepada rakyat Pulau Pinang sebagan penghargaan sumbangan beliau menjadikan negeri ini satu-satunya negeri yang paling membangun di negara.
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu merupakan jalanraya yang kedua yang diberi nama sempena keluarga Lim, sebab ayah Tun Dr Lim juga diberi penghormatan sebegini apabila
Jalan Prangin ditukar namanya kepada Jalan Dr Lim Chwee Leong.
Tempat-tempat sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Stesen Minyak sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berdekatan persimpangan Gat Jalan Magazine. (29 November, 2012)
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mendekati bahagian pekan lama bandaraya George Town. (6 Februari, 2013)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.